spot_img
spot_img

MR D.I.Y untung RM560 juta tahun lepas

spot_img

KUALA LUMPUR, 23 Feb — pasaraya barangan pertukangan, MR D.I.Y. mencatatkan keuntungan bersih meningkat kepada RM560.68 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 (TK2023) daripada RM472.95 juta pada tahun sebelumnya (TK2022).

Ia meningkat sebanyak 9.4 peratus dari tahun ke tahun (y-o-y) kepada RM4.36 bilion daripada RM3.99 bilion pada TK2022, kata peruncit itu kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Pertumbuhan itu didorong terutamanya oleh sumbangan positif daripada cawangan yang baru dibuka, yang meningkat sebanyak 16.8 peratus tahun ke tahun membawa kepada peningkatan 16.0 peratus tahun ke tahun yang sama dalam jumlah transaksi kepada 165.1 juta,” katanya.

- Advertisement -

Bagi suku keempat 2023 (S4 TK2023), keuntungan bersih kumpulan mengukuh kepada RM158.63 juta berbanding RM136.07 juta bagi suku yang sama tahun sebelumnya.

Hasilnya ia meningkat 7.6 peratus kepada RM1.15 bilion daripada RM1.07 bilion sebelumnya.

Ketua pegawai eksekutif Adrian Ong berkata sejak pelaksanaan tawaran awam (IPO – initial public offering) pada 2020, rangkaian kedai kumpulan itu berkembang sebanyak 111.6 peratus daripada 593 kepada 1,255 pada akhir TK2023.

- Advertisement -

Beliau berkata hasil peningkatan sebanyak 70.3 peratus kepada RM4.4 bilion pada TK2023 daripada RM2.6 bilion pada TK2020.

“Lebih penting lagi, pendapatan bersih telah meningkat sebanyak 66.3 peratus kepada RM560.7 juta pada TK2023 daripada RM337.2 juta pada TK2020.

“Ini mencerminkan kekuatan dan daya tahan model perniagaan kami, disokong oleh tawaran nilai untuk wang kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat,” kata Ong.

Beliau berkata dalam tempoh terdekat dan pertengahan, kumpulan itu merancang untuk membuka lagi 180 cawangan baharu pada 2024 dan mencapai 2,000 kedai menjelang 2028.

MR DIY mengisytiharkan dividen sebanyak RM94.4 juta untuk S4 TK2023, menjadikan pembayaran dividen tahun penuh kepada RM302.1 juta, peningkatan 47.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Dividen setahun penuh adalah bersamaan dengan nisbah pembayaran sebanyak 54 peratus daripada keuntungan selepas cukai.

 

Sumber — Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img