spot_img
spot_img

Bank Dunia : Tiada pelan jangka panjang selepas krisis 1998 punca RM terus lemah

spot_img

KEKURANGAN rancangan jangka panjang yang tidak dilaksanakan selepas krisis Kewangan Asia 1998 akibat serangan matawang dari penyangak George Soros menjadi punca prestasi ringgit (RM) menjadi semakin lemah.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi negara Malaysia, Apurva Sanghi berkata, isu ringgit yang lemah turut bakal menjejaskan ekonomi Malaysia dalam waktu yang panjang.

Menurutnya, isu itu turut didorong oleh pelaburan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dalam aliran menurun sejak krisis kewangan 1998 itu.

- Advertisement -

“Lebihan fiskal terakhir Malaysia adalah ketika pra krisis 1998 (Peratusan) Eksport berbanding KDNK menguncup daripada 120 peratus pada 1999 kepada 68 peratus pada 2023,” katanya dalam posting di X pada semalam.

Apurva mengakui RM dan ekonomi Malaysia cepat lebih kukuh berbanding baht Thailand dan won Korea selepas krisis 1998 kerana langkah tambatan nilai RM kepada US Dollar (1USD = 3.80RM) pada ketika itu, namun ia tidak membantu bagi jangka masa panjang hingga sekarang.

Jelasnya, perkara itu berlaku berikutan Thailand dan Korea melaksanakan pembaharuan selepas krisis, namun dia tidak menceritakan apakah langkah-langkah pembaharuan dua negara itu.

- Advertisement -

Secara berkias dia berkata, “Mereka memilih ‘kepedihan’ dalam jangka pendek dengan melakukan pembaharuan, namun lebih baik untuk jangka masa panjang dan Malaysia tidak bertindak sedemikian” katanya.

Apurva juga menjelaskan bahawa kejutan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) turut menjejaskan ringgit.

“Gerakan dolar Amerika Syarikat (AS) dan prestasi ekonomi China juga mempengaruhi prestasi ringgit.

“Faktor luaran (AS, China) jelas penting tetapi mempengaruhi negara berbeza secara berbeza. Kenapa? Kerana perbezaan keadaan domestik dan kesan-kesannya,” katanya.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img