spot_img
spot_img

Starbuck Malaysia terus catat kerugian akibat boikot

spot_img

KUALA LUMPUR (21 Feb): Boikot barangan akibat kekejaman Zionis Israel terhadap Palestin telah mengheret francais Starbucks di Malaysia yang dimiliki oleh Berjaya Food Bhd (BFood) kepada kerugian bersih dengan rekod RM42.58 juta bagi suku tahun kedua berakhir 31 Dis 2023 (2QFY2024).

BFood mendapat keuntungan sebanyak RM35.49 juta setahun sebelumnya di waktu yang sama. Pendapatan BFood juga terjejas oleh kerugian RM10.5 juta sekali sahaja daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Jollibean Foods Pte Ltd, menurut pemfailan bursa kumpulan makanan dan minuman itu semalam.

Hasil suku tahunan susut 38.19% kepada RM182.55 juta berbanding RM295.32 juta sebelumnya, berikutan jualan yang lebih rendah kerana boikot akan jenama itu yang menyokong negara Zionis.

- Advertisement -

(Rajah sumber dari pada The Edge)

Begitu juga, bagi enam bulan berakhir pada 31 Dis 2023 (6MFY2024) tahun lalu, BFood mengalami kerugian bersih sebanyak RM23.55 juta berbanding keuntungan bersih RM70.19 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya, manakala hasil turun 20.28% kepada RM461.09 juta daripada RM578.37 juta.

- Advertisement -

Walaupun prestasi kewangan yang lemah untuk dua suku pertama TK2024, BFood berkata kumpulan itu menjangkakan prestasi operasinya menunjukkan peningkatan dalam baki dua suku tahun 224 ini.

“Selain itu, lembaga pengarah percaya bahawa prestasi operasi akan pulih dan mendapatkan semula momentum, melihat keadaan semasa (sekarang) sebagai kesan jangka pendek dan menjangkakan kemajuan positif pada masa hadapan,” tambahnya.

Saham dalam BFood berakhir 1.5 sen lebih rendah atau 2.56% kepada 57 sen, memberikan kumpulan itu permodalan pasaran RM1.11 bilion.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img