Free Porn
xbporn

buy twitter followers
uk escorts escort
liverpool escort
buy instagram followers
Galabetslotsitesi
Galabetsondomain
vipparksitesigiris
vipparkcasinositesi
vipparkresmi
vipparkresmisite
vipparkgirhemen
Betjolly
spot_img
spot_img

SPRM : Anak-anak Tun M diberi tempoh, Tengku Zafrul selesai beri keterangan kes Spanco

spot_img

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan tempoh 30 hari untuk seorang lagi anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengisytiharkan harta kerana ia melibatkan jumlah yang banyak.

Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki semalam berkata, pada masa sama, Tan Sri Mohkzani memohon tambahan waktu lagi kerana beliau perlu memperincikan dokumen-dokumen dan harta yang berkaitan.

Namun beliau berkata, Mokhzani dan  abangnya, Mirzan telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang disiasat SPRM.

- Advertisement -

“Beliau ada memohon dan kita ada memberi tambahan masa kepada beliau 30 hari lagi untuk isytihar harta berkenaan.
Wajar diberikan (lanjutan) kerana berdasarkan keterangan daripada pegawai penyiasat, harta-harta terlibat banyak dan beliau memerlukan lebih perinci lagi dokumen-dokumen dan akaun yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Majlis Konvokesyen Kali Ke-10 Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) SPRM di sini hari ini.

Pada bulan lalu, media melaporkan, SPRM mengeluarkan perintah notis mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 terhadap Mirzan dan Mokhzani.

- Advertisement -

Kedua-dua beradik itu mengeluarkan kenyataan akhbar pada 8 Februari bagi meminta SPRM bersabar dan mengatakan adalah mustahil untuk mengumpulkan maklumat melibatkan tempoh 43 tahun.

Menurut Mirzan dan Mokhzani, SPRM telah meminta senarai aset sejak 1981, iaitu tahun pertama Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, di majlis yang sama, Azam Baki berkata siasatan berkenaan kontrak kenderaan kerajaan kepada syarikat Spanco diteruskan dengan selesai rakaman keterangan dari Menteri Kewangan sewaktu anugerah itu diberikan iaitu Tengu Zafrul.

Azam Baki juga tidak menolak kemungkinan memanggil lebih ramai lagi untuk memberi keterangan bagi membantu kes itu. Perdana Menteri sewaktu anugerah kontrak itu diberikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin belum lagi dipanggil dalam kes tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM melakukan serbuan kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan perolehan dan pengurusan kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

SPRM turut menyerbu empat syarikat termasuk pembekal kenderaan kerajaan dengan memanggil lebih 20 individu dan sudah membekukan kira-kira 80 akaun syarikat serta individu yang berkaitan dalam kes itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini juga menyifatkan kontrak perolehan Spanco hanya merugikan negara.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img