spot_img
spot_img

Kopertani bangun pensijilan ketulenan makanan

spot_img

SUBANG – Koperasi Pertanian St. Thomas Kuantan Berhad (Kopertani) sedang membangunkan pensijilan bagi menjamin ketulenan makanan dalam menangani isu penipuan barangan makanan bernilai tinggi, seperti yang berlaku dalam industri madu ketika ini.

Kopertani telah menandatangani Perjanjian Kerahsiaan Bagi Kerjasama Kajian Kebolehkesanan Menggunakan Teknologi Isotop Stabil bersama Agensi Nuklear Malaysia pada Disember lalu, melibatkan fingerprinting isotop stabil yang terbukti berkesan dalam membezakan makanan daripada asalan geograsi berbeza serta mengesahkan ketulenan makanan.

Ia seterusnya membawa kepada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kopertani bersama Koperasi Anak Muda TLBN Berhad, Koperasi Agro Ventures Johor Berhad dan Delima Emas Sdn. Bhd. di sini kelmarin, bagi kerjasama kajian ketulenan dan kebolehlaksanaan menggunakan teknologi isotop stabil.

- Advertisement -

Pengerusi Kopertani, Dr. Redzuan Ibrahim berkata, ketika teknologi Agensi Nuklear Malaysia terbukti berkesan dalam memastikan ketulenan makanan di makmal, pihaknya perlu melaksanakan kajian di lapangan melibatkan saiz sampel yang lebih besar bagi memastikan ia benar-benar berkesan serta berdaya maju.

Jelasnya, ketiga-tiga pihak kerjasama terlibat dalam pengeluaran ayam kampung, susu lembu dan ayam organik, yang boleh dikategorikan dalam makanan bernilai tinggi dan antara sasaran produk untuk mengambil pensijilan yang bakal dikeluarkan kelak.

“Keupayaan menentukan kebolehkesanan makanan penting bagi menjamin produk makanan dikeluarkan adalah berkualiti dan selamat, serta membuktikan makanan itu tulen dan mengawal pemalsuan.

- Advertisement -

“Selain itu, kepastian sebegini membolehkan pengeluar mendapat pengiktirafan pasaran dan memperoleh harga premium,” katanya pada majlis pemeteraian MoU berkenaan di sini kelmarin.

Menurut Redzuan, ketika usaha mengkomersilkan khidmat ujian ketulenan dan membanteras penipuan dalam rantaian makanan akan mengambil masa, pihaknya optimis fasa kajian di lapangan mampu diselesaikan dalam tahun ini juga.

“Buat masa ini, kami akan memfokuskan kepada ujian ketulenan makanan berasaskan haiwan kerana ia merupakan bidang kepakaran kami.

“Pada masa sama, kami mengharapkan sokongan daripada pihak berwajib termasuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia memandangkan kami adalah satu-satunya badan koperasi tempatan yang sedang membangunkan pensijilan seperti ini,” ujarnya.

 

 

Sumber : Kosmo

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img