spot_img
spot_img

Pemimpin utama Bersatu sering kelihatan di Pejabat Perdana Menteri

spot_img

PETALING JAYA: Seorang pemimpin utama Bersatu sering kelihatan di Pejabat Perdana Menteri (PMO – Prime Minister Office) dipercayai melakukan rundingan demi “survival” beberapa pemimpin tertentu sehingga pilihan raya parti, menurut sumber daripada Free Malaysia Today (FMT).

FMT melaporkan dari suatu sumber yang tidak mahu dinamakan, pemimpin Bersatu berkenaan berjanji akan memberikan lebih banyak sokongan Ahli Parlimen Bersatu kepada kerajaan. Kata sumber itu lagi, “lebih ramai” wakil rakyat Bersatu dijangka isytihar sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Setakat ini, enam Ahli Parlimen Bersatu telah berbuat demikian dengan kekal menjadi ahli parti. Walaupun dalam mesyuarat Bersatu baru-baru ini mereka ingin menggubal perlembagaan bagi menghalang langkah-langkah ahli parlimen mereka menyokong pihak ‘musuh’, namun sumber itu berkata tidak mudah untuk Bersatu meminda perlembagaan parti itu.

- Advertisement -

Menurut sumber itu lagi, ramai ahli parlimen Bersatu yang mahu menyokong kerajaan tetapi takut berdepan tindakan. Berkemungkinan sokongan mereka akan dinyatakan dalam bentuk pengundian di Parlimen.

Seorang Ahli Parlimen yang dipetik FMT, bahawa beberapa pemimpin lain sedar ada pemimpin Bersatu dari negeri tertentu sering dilihat di PMO.

“Ramai pemimpin bahagian juga sedar perkara itu, tetapi kami tidak pasti kenapa pemimpin berkenaan berada di sana,” katanya. “Itulah antara sebabnya ramai Ahli Parlimen hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti.”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img