spot_img
spot_img

Beberapa pemimpin DAP menentang pengampunan Najib

spot_img

PETALING JAYA: Bekas ahli parlimen Bangi dari DAP, Ong Kian Ming telah tampil membela rakannya dari DAP Tony Pua, yang sedang disiasat berhubung kenyataan menentang pengampunan hukuman Najib Razak dalam kes SRC International.

Kian Ming mahu rakyat Malaysia dan para pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengenang jasa Tony Pua dalam mendedahkan besarnya skandal 1MDB semasa beliau masih menjadi Ahli Parlimen. Kata Kian Ming, kini rakyat masih membayar berbilion ringgit atas hutang yang ditanggung akibat skandal tersebut.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kenyataan seperti yang terdapat dalam posting Pua di facebook “bersifat menghasut kerana ia menghasut orang ramai untuk menyimpan rasa dendam dan tidak menghormati institusi diraja”.

- Advertisement -

Tony Pua telah menyiarkan beberapa catatan sarkastik berkenaan pengurangan hukuman oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang Dipertuan Agong di Facebook, yang kemudiannya mendorong Pemuda Umno membuat laporan polis terhadapnya.

Seorang lagi pemimpin DAP, Ramkarpal Singh berkata jatuhnya hukum bersalah terhadap Najib dalam kes SRC International adalah tidak diragui, dan Najib bukan sahaja disabitkan kesalahan oleh sembilan hakim tetapi juga dilabel sebagai “memalukan negara” oleh hakim Mahkamah Persekutuan.

Ramkarpal adalah pengerusi biro undang-undang DAP, menggesa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan menjelaskan alasan kenapa hukuman penjara 12 tahun Najib dikurangkan kepada enam tahun, dan mengurangkan denda RM210 juta kepada RM50 juta.

- Advertisement -

Susulan kenyataan itu, Najib Razak mencabar Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu untuk berdebat sama ada dirinya layak atau tidak untuk diberikan pengampunan diraja.

Najib berkata dalam ssuatu kenyataan, jika Ramkarpal enggan menyertai debat itu, tokoh Pakatan Harapan lain seperti Tony Pua dari DAP dan bekas timbalan menteri undang-undang Hanipa Maidin dari Amanah mungkin boleh menyahut cabaran itu, di mana pihak Najib akan mengatur tarikh dan tempat yang sesuai.

Pada hari Jumaat lepas, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan bahawa hukuman penjara Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam, dan denda RM210 juta juga telah dikurangkan kepada RM50 juta.

Namun ia mendapat reaksi yang pelbagai dari segenap lapisan rakyat Malaysia, dengan yang menyokong pengurangan itu, ada yang mahu pengampunan sepenuhnya dan terdapat juga yang menentang keras sebarang pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img