KUALA LUMPUR, 31 Jan — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan beberapa akaun bank yang mempunyai puluhan juta ringgit yang dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan bergelar “Tan Sri” untuk siasatan berhubung kontrak pembekalan dan pengurusan armada kenderaan kerajaan, dipetil melalui Malay Mail.
Awal bulan ini, SPRM telah menyerbu rumah Tan Sri yang tidak dinamakan dan beberapa syarikat yang dikaitkan dengan perjanjian yang dikatakan bernilai lebih RM4 bilion.
“Lebih 100 akaun dan syarikat persendirian, bernilai berjuta-juta ringgit di bawah kawalan Tan Sri berkenaan, telah dianalisis untuk memerhatikan trend pemindahan dana kepada individu tertentu,” kata sumber itu.
“Daripada jumlah ini, SPRM telah membekukan beberapa akaun yang memegang nilai dianggarkan berpuluh juta ringgit.”
Secara berasingan, Pengarah Siasatan Kanan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan tindakan penguatkuasaan yang diambil di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
Agensi itu telah merekodkan kenyataan daripada beberapa saksi utama termasuk individu daripada agensi kerajaan dan syarikat yang terlibat dalam kontrak itu.