spot_img
spot_img

Selangor promosi pelancongan negeri di Laos

spot_img

PETALING JAYA: Tourism Selangor telah memperluaskan misi jualan ke Laos dalam usaha menarik kedatangan 5.6 juta pelancong menjelang akhir tahun ini.

Menurutnya, inisiatif itu dilaksanakan semasa Forum Pelancongan ASEAN (ATF) yang diadakan di Laos dari 22 hingga 26 Januari lalu.

Jelasnya, misi jualan selama lima itu telah menghimpunkan pemain utama industri pelancongan antarabangsa, untuk meningkatkan aliran kemasukan pelancong ke negara-negara ASEAN.

- Advertisement -

“Tourism Selangor telah merebut peluang ini untuk mempamerkan produk pelancongan ikonik, seperti Geopark Gombak Hulu Langat, Jungle School Gombak, Permatang Kuarza Gombak, SplashMania, Discovery Park, Paya Indah Wetlands, Sky Mirror dan FunPark.

“Produk pelancongan yang dibawa kali ini, memfokuskan kepada tarikan ekopelancongan dan taman tema dan telah diperkenalkan kepada lebih 400 pembeli dan penjual antarabangsa,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, Tourism Selangor juga telah mengadakan sesi Business-to-Business (B2B) dengan kerjasama Persatuan Ejen- Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Pelancongan ASEAN (ASEANTA) semasa ATF di Laos.

- Advertisement -

Sesi melibatkan pemain utama pelancongan dari Indonesia, Thailand dan Filipina dan telah membuka jalan untuk kerjasama melalui promosi silang sepanjang tahun 2024.

“Tourism Selangor menjangkakan lebih banyak acara dan kerjasama promosi silang akan diadakan, bagi mencapai sasaran untuk menarik lebih 7 juta pelancong menjelang Tahun Melawat Selangor pada Tahun 2025,” katanya.

Menurut Tourism Selangor, sempena ATF itu, tiga produk pelancongan di Negeri Selangor telah diberi anugerah bagi ASEAN Tourism Standard (2024-2026).

Tiga produk berkenaan ialah Wyndham Acmar Klang dan Hotel Sunway Resort yang telah menerima anugerah ASEAN MICE Venue Standard dalam kategori Ruang Mesyuarat, manakala Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) dianugerahkan dalam kategori Tempat Pameran.

Katanya, sebagai sebahagian daripada pendekatan yang strategik, Tourism Selangor telah menyasarkan strategi untuk menarik minat negara tertentu untuk pengalaman pelancongan yang lebih bersasar seperti Indonesia untuk pelancongan perubatan, Brunei untuk tarikan membeli-belah dan Singapura untuk gastronomi dan ekopelancongan.

“Negara-negara ASEAN telah memainkan peranan penting dalam sektor pelancongan Selangor dengan 351,079 pelancong telah mengunjungi Negeri Selangor pada 2022 dan 241,875 pelancong bagi suku tahun pertama dan kedua 2023, dari negara seperti Indonesia, Brunei, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Myanmar, Laos dan Kemboja,” jelas lagi.

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img