spot_img
spot_img

6 bulan penjara, ancam bunuh Anwar Ibrahim

spot_img

Kuala Lumpur: Seorang pemandu lori terkejut dan menangis selepas Mahkamah Sesyen, di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana membuat hantaran mengancam di TikTok untuk membunuh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tahun lalu.

Hakim N Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu ke atas Faizal Mohamad, 35, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melalui perkhidmatan aplikasi Tiktok menggunakan nama profil “@jaiadani89” di pautan https://www.tiktok.com/@jaiadani89 secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang mengancam sifatnya.

- Advertisement -

Hantaran itu dibuat dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang dibaca pada 12 tengah hari, 26 November 2023, di sebuah kondominium di Jalan Tong Shin di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal berkata, hantaran yang dibuat oleh OKS adalah tidak wajar dan bersifat mengancam selain perlu lebih berhati-hati menggunakan media sosial.

- Advertisement -

“Saya mohon OKS dikenakan hukuman setimpal supaya satu mesej pengajaran dapat diberikan oleh OKS dan masyarakat,” katanya.

Faizal yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda kerana dia yang baru mendapat pekerjaan lain dan berpendapatan RM2,000 sebulan perlu menanggung dua anak berusia tujuh dan lapan tahun serta ibu yang menghidap sakit jantung.

“Isteri tidak bekerja. Saya ada banyak hutang yang belum dibayar dan kelengkapan sekolah anak tak beli lagi, oleh itu saya mohon mahkamah bagi tempoh untuk bayar denda kerana saya gaji dalam 5 atau 6 hari bulan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan pemilik akaun TikTok yang melakukan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri ditahan polis di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, Kelantan.

Pemilik akaun itu sebelum ini memuat naik video menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik. Bagaimana pun, video berkenaan sudah dipadamkan.

 

Sumber : Harian Metro

 

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img