London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

Yahudi Zionis desak kerajaan bina penempatan haram di Gaza

spot_img

JERUSALEM, 29 Jan — Beribu-ribu rakyat Yahudi Zionis di Israel, termasuk menteri yang menyokong Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, berhimpun di Baitulmaqdis semalam bagi menggesa penubuhan semula penempatan haram Yahudi di Semenanjung Gaza.

Netanyahu dalam kenyataan rasmi telah menolak penempatan semula di wilayah Palestin, di mana tentera Israel bertempur dengan militan Hamas, tetapi perhimpunan itu menunjukkan bahawa Yahudi Zionis tetap mahu mengambil tanah di Gaza secara haram.

Menurut Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben-Gvir, Zionis Israel perlu merampas Gaza jika kita tidak mahu pejuang kemerdekaan Palestine, Hamas bertindak menyerang lagi seperti 7 Oktober lalu. Pencerobohan Zionis Israel terhadap Gaza kini masuk bulan keempat.

- Advertisement -

Ahli politik yang terkenal di Israel itu mendesak kerajaan Zionis untuk menggalakkan penghijrahan sukarela rakyat Palestin keluar dari Gaza, mengulangi impian Zionis Israel dahulu, di mana telah mendapat teguran daripada sekutu rapatnya Amerika Syarikat dan masyarakat antarabangsa yang keseluruhannya.

Beberapa peserta membawa senjata api, manakala di luar pusat konvensyen penjual menjual baju-t yang berbunyi: “Gaza adalah sebahagian daripada tanah Israel.”

Penceramah pada perhimpunan itu, yang dihadiri oleh ahli parti Netanyahu dan beberapa menteri lain, menggesa perdana menteri untuk merealisasikan impian pencerobohan haram mereka.

- Advertisement -

Ada yang menyokong pengusiran penduduk Palestin Gaza dan mengisytiharkan bahawa pengusiran penduduk Palestine adalah satu-satunya cara untuk memastikan keselamatan bagi warga Israel.

“Perjanjian Oslo sudah mati, rakyat Israel hidup,” laung Yahudi Zionis yang hadir, merujuk kepada perjanjian penting Israel-Palestin pada 1990-an yang memberikan rakyat Palestin pemerintahan sendiri yang terhad.

Perhimpunan semalam bertujuan untuk menekan kerajaan Zionis sekarang untuk kembali ke Semenanjung Gaza dan menubuhkan masyarakat haram Yahudi dengan segera. Mereka tidak mahu bangsa Arab Palestine iaitu penduduk asal untuk berada di situ.

Israel merampas Semenanjung Gaza pada 1967, semasa perang dengan beberapa negara Arab di sekeliling Palestine yang turut menyaksikannya rejim Zionis itu menawan Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.

Lebih 400,000 rakyat Israel kini tinggal di penempatan haram di Tebing Barat yang dicerobohi. Penempatan itu adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa, yang Yahudi Zionis duduki bersama dengan kira-kira tiga juta rakyat asal Palestine.

Zionis Israel secara unilateral mengundurkan tentera dan pencerobohannya dari Gaza pada tahun 2005.

Wilayah yang dikuasai Hamas adalah rumah kepada kira-kira 2.4 juta rakyat Palestine, sebahagian besar daripada mereka telah lari keluar kerana serangan udara, darat dan laut yang dilakukan tentera Zionis sejak 7 Oktober.

Kempen tentera Israel, menurut kementerian kesihatan Gaza, telah membunuh sekurang-kurangnya 26,422 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Serangan 7 Oktober oleh pejuang kemerdekaan Hamas telah mengakibatkan kematian kira-kira 1,140 orang di Israel, kebanyakannya orang awam, menurut sumber AFP berdasarkan angka rasmi.

Palestine mahu mewujudkan negara yang merdeka dari cengkaman penceroboh Israel.

Terdahulu pada bulan Januari, Netanyahu berkata beliau “tidak akan berkompromi dengan kawalan keselamatan penuh Israel ke atas semua wilayah barat Jordan (sungai) – dan itu bertentangan dengan negara Palestin.”

Beliau bagaimanapun berkata, penempatan semula Israel di Gaza adalah “bukan sasaran yang realistik”.

Kerajaan Netanyahu, yang paling ortodok dan ultranasionalis dalam sejarah 75 tahun Zionis Israel, telah mengutamakan pencerobohan penempatan haram Tebing Barat sejak mereka mula berkuasa pada akhir 2022.

Sekutu rakan gabungan parti Netanyahu yang semakin meningkat menyeru agar penempatan Israel diperbaharui di Gaza, bertentangan dengan pentadbiran Presiden AS Joe Biden.

Jabatan Negara AS pada awal Januari berkata: “Gaza adalah tanah Palestin dan akan kekal sebagai tanah Palestin”.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img