spot_img
spot_img

Puasa Isnin Khamis Beserta Kelebihannya

spot_img

Selain berpuasa pada bulan Ramadan, terdapat beberapa jenis lagi puasa-puasa sunat yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan pahala serta mempunyai kelebihannya tersendiri.

Antara puasa sunat yang digalakkan adalah puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Puasa sunat ini boleh dilakukan pada setiap minggu, hari Isnin dan juga Khamis.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya :

- Advertisement -

Daripada Aisyah RA, maksudnya : “Adapun Nabi Muhammad SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis”. (Riwayat Al-Tirmizi (745))

Apakah keistimewaan hari Isnin dan Khamis?

Hari Isnin dan Khamis adalah hari yang dibentangkan segala amalan. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya pada hari tersebut kita dalam keadaan berpuasa. Ini adalah berdasarkan hadis di bawah;

- Advertisement -

Daripada Usamah bin Zaid, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ذَانِكَ يَوْمَانِ تُعْرَضُ فِيهِمَا الْأَعْمَالُ عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Dua hari tersebut akan dibentangkan amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam. Maka aku lebih suka jika amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” – (Hadis Riwayat Al-Nasa’ie)

Selain itu, hari Isnin juga merupakan hari istimewa buat Rasulullah SAW. Daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa pada hari isnin. Baginda pun bersabda,

Maksudnya: “Hari isnin merupakan hari kelahiranku, hari aku dilantik menjadi Rasul dan juga Allah menurunkan Al-Quran kepadaku.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Pelaksanaan puasa sunat ini dilakukan sama seperti puasa Ramadhan namun yang membezakannya adalah dari segi lafaz niat.

Selain itu, ia boleh dilakukan

Niat puasa sunat Isnin adalah seperti berikut:

“Sahaja aku berniat puasa sunat hari isnin kerana Allah Taala”

Niat puasa sunat Khamis adalah seperti berikut:

“Sahaja aku berniat puasa sunat hari khamis kerana Allah Taala”

NOTA: Tiada masalah untuk berpuasa sunat jika tidak berniat sebelum waktu subuh selagi kita tidak makan dan minum, puasa sunat boleh dilakukan.

Kelebihan Berpuasa Isnin Khamis

Terdapat banyak kelebihan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, antaranya ialah:

  • Mendapat pahala kerana mengikuti sunnah Rasulullah SAW.
  • Menyihatkan tubuh badan.
  • Membantu mendidik nafsu.
  • Melatih diri untuk berpuasa sebelum Ramadan tiba.
  • Melahirkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan kepada Allah.
  • Menjimatkan wang
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki & lain-lain lagi.
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar.
  • Menghindarkan diri daripada perbuatan dosa & maksiat.

Sabda Nabi SAW;

Puasa adalah benteng yang menghalang seseorang daripada api neraka yang membara.”

Setiap benda mempunyai zakat. Zakat jiwa itu adalah berpuasa. Puasa itu separuh daripada kesabaran.” – (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Cara Mendapatkan Pahala Tambahan Ketika Berpuasa

Antara cara yang anda boleh lakukan untuk mendapat pahala tambahan apabila berpuasa ialah;

  • Belanja rakan/ahli keluarga berbuka puasa
  • Membaca al-quran
  • Banyakkan berdoa
  • Segerakan berbuka puasa apabila masuk waktu berbuka
  • Bersahur dan melewat-lewatkan bersahur
  • Membantu orang yang memerlukan dari segi kewangan mahupun tenaga
  • Berbuat baik

Kesimpulannya, kita dianjurkan untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis kerana terdapat banyak hikmahnya. Semoga kita diberi kekuatan untuk istiqomah melakukannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img