spot_img
spot_img

Daim dituduh gagal isytihar 71 harta

spot_img

KUALA LUMPUR: Tun Daim Zainuddin hari ini didakwa gagal mengisytiharkan 71 hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas menteri kewangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesalahan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi hari ini.

Terdahulu, Daim berkerusi roda tiba di kompleks mahkamah di sini bersama ahli keluarganya kira-kira jam 8.45 pagi.

- Advertisement -

Mengikut kertas pertuduhan, bekas Menteri Kewangan yang berusia 85 tahun itu gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan hartanya seperti satu akaun bank, tujuh kenderaan mewah, 38 syarikat, dan 25 hartanah di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 13 Disember tahun lepas .

Kesalahan itu di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda RM100,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili M. Puravalen.

- Advertisement -

Foto : CNA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img