KULIM: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mencadangkan untuk menjadikan wilayah utara yang merangkumi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak sebagai hab semikonduktor global pada masa akan datang.
Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong, berkata beliau melihat perkara itu mampu direalisasikan selepas melihat industri berteknologi tinggi berkenaan sudah mula melibatkan negeri yang berhampiran Pulau Pinang seperti di Kulim, Kedah.
Katanya, dengan pembukaan kilang AT&S di sini yang menghasilkan produk berstandard tinggi, beliau merasakan idea untuk menjadikan wilayah utara sebagai hab semikonduktor global boleh dilaksanakan.
“Koridor utara ini seharusnya mengambil kelebihan 50 tahun rantaian bekalan semikonduktor atau elektrik dan elektronik (E&E) yang bermula di Pulau Pinang yang kemudian di Kulim hampir 30 tahun lalu.