Ramai ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahukan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai presiden baharu parti itu dan mahukan Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, Ahli Parlimen Larut itu mempunyai potensi besar bagi memimpin parti berkenaan.
Datuk Syed Abu berkata demikian dalam sidang akhbar di Baitul Husna dekat sini pada Jumaat.
Beliau turut meminta barisan kepimpinan Bersatu untuk tampil berani menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu pentadbiran Perdana Menteri itu.
“Saya hanya katakan apa yang perlu dan saya kongsikan supaya rakyat tahu,” ujarnya.