spot_img
spot_img

2024 tahun yang baik untuk PKS

spot_img

KUALA LUMPUR – Tinjauan Sentimen PKS (perusahaan kecil dan sederhana) bagi separuh tahun kedua 2023 menunjukkan trajektori positif untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan landskap perniagaan menunjukkan daya tahan dan keyakinan yang berterusan.

Tinjauan itu mempamerkan pandangan penting tentang sentimen dan jangkaan pemilik perniagaan merentas pelbagai sektor.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Datuk Aria Putera Ismail berkata, Indeks Sentimen PKS itu mendedahkan sedikit peningkatan daripada 52.9 pada separuh tahun pertama kepada 53.5 padaseparuh tahun kedua.

- Advertisement -

Ini menandakan PKS terus menunjukkan daya maju dan daya tahan yang positif.

“Hasil tinjauan ini mengukuhkan lagi kepercayaan terhadap potensi dan daya tahan komuniti perniagaan kami. SME Bank kekal komited untuk menyokong dan memperkasakan PMKS dalam perjalanan mereka ke arah kemampanan pertumbuhan dan kejayaan.

“Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkini PMKS Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan teguh sebanyak 11.6%, mengatasi pertumbuhan KDNK negara keseluruhan sebanyak 8.7% pada 2022, menonjolkan sumbangan besar PMKS kepada pengembangan ekonomi.

- Advertisement -

Ketua Pegawai Risiko Kumpulan SME Bank, Mohammad Azam Ahmad berkata, memandangkan prestasi PMKS pada 2022 melebihi paras pra-pandemik pada 2019, terdapat peningkatan ketara sumbangan PMKS kepada KDNK daripada 37.4% pada 2021 kepada 38.4%, dengan nilai tambah melonjak daripada RM520.0 bilion pada 2021 kepada RM580.4 bilion.

Beliau menambah, ini adalah masa yang sesuai untuk menilai semula strategi perniagaan dan pendekatan pengurusan risiko.

“Berdasarkan arah aliran positif dalam Indeks Sentimen PKS dan landskap perniagaan yang sentiasa berubah, kami menggalakkan pemilik perniagaan untuk mengurus dan mengurangkan risiko secara proaktif untuk meningkatkan daya tahan. Penyediaan strategi pengurusan risiko yang teguh boleh membantu perniagaan merentasi ketidaktentuan dan berkembang maju dalam keadaan ekonomi yang dinamik,” katanya.

Berdasarkan tinjauan itu, lebih separuh daripada responden (66%) meramalkan peningkatan dalam hasil, manakala 64% menjangkakan pertumbuhan dalam keuntungan dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang. terutamanya subsektor perkhidmatan kewangan (91%) yang tidak termasuk aktiviti bank perdagangan, dan pendidikan (78%), menonjol dengan pandangan positif sejajar dengan jangkaan landskap ekonomi yang lebih baik pada tahun akan datang.

Perniagaan bersaiz mikro dan besar lebih positif, dengan jangkaan jualan dan keuntungan lebih tinggi berbanding separuh pertama 2023.

Persekitaran kos tinggi kekal menjadi kebimbangan bagi PMKS, dengan majoriti (88%) menjangkakan kos meningkat dalam tempoh 6 hingga 12 bulan akan datang.

Sentimen ini amat ketara dalam subsektor perkhidmatan seperti ICT, utiliti, dan makanan dan minuman.

Responden juga mengakui kesan mendalam inflasi (98%) terhadap prestasi perniagaan mereka.

Di samping itu, perubahan dalam dasar kerajaan (88%) dilihat memberi kesan, termasuk subsidi yang disasarkan, ketidaktentuan politik dan keperluan kawal selia seperti pematuhan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG), pematuhan cukai dan undang-undang buruh.

Selaras dengan pemulihan ekonomi, 67% PMKS merancang untuk mengembangkan tenaga kerja mereka dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang terutamanya, trend ke arah pengambilan pekerja bukan sepenuh masa meningkat, menunjukkan keutamaan untuk fleksibiliti dalam menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran.

 

 

Sumber – MalaysiaGazette

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img