spot_img
spot_img

Siasatan SPRM : Syarikat Mirzan Mahathir beroperasi seperti biasa

spot_img

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Betamek Bhd terus menjalankan perniagaannya seperti biasa walaupun pengarah urusannya (MD), Mirzan Mahathir, dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan.

“Kami ingin mengumumkan bahawa siasatan tersebut tidak berkaitan dengan Betamek. Oleh itu, Betamek menjalankan perniagaannya seperti biasa tanpa sebarang gangguan pada pengeluaran dan penghantaran produk Betamek kepada pelanggan kami,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Betamek menyediakan penyelesaian perkhidmatan pembuatan elektronik sehenti kepada pembuat automotif.

- Advertisement -

Menurut laporan tahunan syarikat 2023, Mirzan merupakan pemegang saham terbesar Betamek dengan kepentingan 72.03 peratus melalui pegangan saham langsungnya dalam Iskandar Holdings Sdn Bhd.

Dalam satu kenyataan semalam, SPRM berkata ia telah menyerahkan notis kepada Mirzan di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009, yang memerlukannya mengisytiharkan semua aset alih dan tak alih dalam milikannya.

Aset itu, sama ada di dalam atau di luar negara, mesti diisytiharkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis, tambah agensi itu.

- Advertisement -

 

 

Sumber — Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img