spot_img
spot_img

Siasatan dan laporan media hanya untuk mencemar imej Tun Daim

spot_img

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Isteri bekas menteri kewangan dan tokoh korporat terkemuka negara, Tun Daim Zainuddin Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid hari ini menyelar sebuah portal dalam talian kerana didakwa mencemarkan nama suaminya dengan menuduh kononnya Tun Daim melakukan salah laku dan memiliki harta yang diperoleh secara haram.

Nai’mah berkata, tulisan itu berniat mencemarkan nama baik seseorang dengan membuat tuduhan dan andaian tersirat tanpa bukti kukuh. Belia menambah, berita itu adalah salah dan tidak beretika.

Laporan tersebut mendakwa kononnya ada “dokumen bocor” yang mendedahkan kewangan besar di negara bernilai ratusan juta yang dimiliki oleh keluarga Tun Daim.

- Advertisement -

“Ia dilaporkan (tulis) dalam cara yang sensasi, bertujuan untuk mengaitkan beberapa bentuk salah laku atau memiliki kekayaan yang diperoleh secara haram.

“Kami tidak merahsiakan fakta bahawa kami memiliki aset di luar negara. Ini adalah hasil aktiviti perniagaan dan pelaburan yang sah, sejak lama sebelum Daim (Tun Daim) menyertai politik pada tahun 1984,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mempersoalkan kredibiliti laporan berita itu kerana beliau berkata pengarang laporan itu tidak mencadangkan wujudnya unsur jenayah.

- Advertisement -

“Sudah tentu, dalam melaporkan berita, adalah tidak beretika mahupun hak untuk mencemarkan nama baik sesiapa dengan memasukkan sindiran dan imputasi (tiada fakta), tanpa disokong oleh bukti.

“Bukankah ini sama dengan pembunuhan watak (character assasination) dengan berselindung?

“Selain itu, sekiranya tiada salah laku, adakah wajar untuk membincangkan pegangan kewangan persendirian sesiapa (secara terbuka), sama ada butiran tersebut betul atau tidak, dengan cara yang dikira untuk mencadangkan (mendorong) kepada sejenis ketidakwajaran serius?” beliau bertanya dalam kenyataan itu.

Beliau juga mendakwa bahawa laporan berita itu sudah pasti bertujuan untuk menyemarakkan api prasangka, khabar angin, dan sangkaan buruk terhadap keluarganya atau mana-mana orang yang terlibat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img