spot_img
spot_img

Agama juga tidak mampu menyatukan Melayu

spot_img

Malaysia kini dipenuhi dengan ‘masalah sosial’ kaum majoriti. Kaum Melayu beragama Islam sepatutnya kuat, tetapi terus dirundung malang.

Tidak hanya percakaran kuasa dalam politik yang tidak mampu menyatukan Melayu, agama juga tidak berjaya menyatukan orang Melayu.

Bangsa Melayu semakin parah ketika ini. Ditambah dengan kemiskinan ekonomi majoritinya. Pada saat inilah musuh paling mudah menyusup masuk merosakkan lagi kekuatan bangsa atau sesebuah negara itu .

- Advertisement -

Contoh yang ada di depan mata yang sedang berlaku kini, di mana rakyat Arab Palestin disembelih oleh kaum pendatang Yahudi Zionis di tanah Arab, disaksikan sendiri oleh bangsa Arab disekelilingnya selama 70 tahun tanpa sebarang halangan. Ini kerana bangsa Arab di sekeliling Palestin tidak mampu bersatu demi ummah mereka dan hanya mementingkan kabilah serta kekayaan keluarga sendiri.

Terbukti dalam sejarah umat Islam, ada yang sanggup hingga ke tahap berbunuh jika ada perbezaan pendapat. Lihat sahaja cucu baginda Rasulullah SAW yang kita cintai, Saidina Husain bin ‘Ali RA dibunuh kejam pada tahun 61H oleh saudara seagama dan sebangsa kerana kuasa serta perbezaan pendapat.

Kesannya hingga hari ini, umat Islam berpecah kepada pelbagai fahaman, di mana masing-masing ‘keras’ mempertahankan fahaman mereka walaupun Islam mengajar kita untuk bersederhana.

- Advertisement -

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “…dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentu kamu benci memakannya. Takutlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Dengan informasi dihujung jari, seseorang boleh menjadi idola atau pujaan untuk diikuti. Mungkin cara individu itu disenangi oleh segolongan masyarakat dan ada juga tidak menyenanginya bagi masyarakat yang lain. Perbezaan ini hendaklah kita terima.

Allah SWT juga mencipta pelbagai kaum, warna dan bangsa seperti firman Nya “Wahai manusia! sesungguhnya, KAMI telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian KAMI menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa. ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA TELITI.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Pendakwah seharusnya mempunyai tutur kata yang sopan dan bicara yang baik. Juga bertanggungjawab mendidik pengikutnya supaya mengikut ajaran Islam yang sebenar, sopan, bersederhana dan menjaga silaturrahim – antaranya.

Akauntan, jurutera, doktor dan professional lain mempunyai badan sah yang mengiktiraf seseorang itu layak di dalam bidang mereka. Bagaimana pula untuk menjadi ustaz , ustazah, penceramah atau sehingga ada yang pengikut mereka begitu taksub memberi gelaran ulama kepada idola yang mereka minati. Siapakah yang bertanggungjawab untuk mentauliah perkara ini ?

Sudah tiba masanya Raja-raja Melayu masuk campur di dalam soal tauliah pendakwah. Sudah cukup gerun melihat ‘komen-komen’ buruk pengikut idola masing-masing yang ekstrem. Jika tidak dibendung, orang Melayu akan terus berpecah. Belajar dari sejarah perpecahan agama selepas wafatnya Rasullullah SAW.

Kita semua manusia yang tidak layak melabel atau menentukan masa depan manusia lain. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat: 13).

 

 

Ismail Sabrani – Cikgu Tuisyen Kelantan

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img