spot_img
spot_img

Akhirnya Kanye West ‘tewas’ dan minta maaf kepada Yahudi

spot_img

NEW YORK, 27 Dis — Penyanyi rap Amerika Syarikat, Kanye West memohon maaf kepada masyarakat Yahudi semalam, selepas berpendirian teguh mengkritik Yahudi sejak beberapa tahun ini dalam siri komen anti-Semitik yang mencetuskan kemarahan bangsa minoriti itu. Pendirian itu juga telah menyebabkan dirinya hilang status billionaire setelah jenama antarabangsa membatalkan perjanjian komersial berbilion dolar dengan bintang itu.

Menurut sumber, albumnya yang bakal dilancarkan, Vultures, akan berada di pasaran dalam masa dua minggu.

“Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada masyarakat Yahudi atas sebarang kemarahan yang tidak disengajakan disebabkan oleh kata-kata atau tindakan saya. Bukan niat saya untuk menyakiti atau tidak menghormati, dan saya amat menyesali sebarang kesakitan yang mungkin saya timbulkan,” katanya dalam satu kenyataan yang ditulis dalam bahasa Hebrew di laman Instagramnya.

- Advertisement -

“Saya komited untuk bermula dengan diri saya sendiri dan belajar daripada pengalaman ini untuk memastikan sensitiviti dan pemahaman yang lebih besar pada masa hadapan.”

Beberapa komen di bawah kenyataan itu mengadu bahawa komen yang ditulis dalam bahasa Hebrew itu, hanya boleh dibaca oleh sebilangan kecil.

Kanye West, atau dikenali juga dengan Ye, telah mengejutkan para peminat dengan beberapa siri ancaman terhadap orang Yahudi yang mendorong gergasi pakaian sukan Adidas dan jenama fesyen lain untuk membuangnya, dia digantung daripada kebanyakan platform media sosial.

- Advertisement -

Titan fesyen dan muzik yang berusia 46 tahun itu telah membuat pengisytiharan “cinta” kepada Nazi dan menyuarakan kekagumannya terhadap Adolf Hitler.

West menyiarkan imej ke laman media sosial X pada 2022 yang kelihatan menunjukkan swastika yang dijalin dengan Star of David, dan telah digantung oleh pemilik platform itu Elon Musk, yang menuduh artis itu “menghasut keganasan.”

Penyanyi rap yang terkenal dengan lagu The Gold Digger berkata pada bulan Mac lalu bahawa dia telah menolak anti-Semitisme selepas menonton pelakon Jonah Hill dalam filem 21 Jump Street — dalam persembahan yang menjadikannya “seperti orang Yahudi semula.”

Liga Anti-Fitnah (Yahudi) mengalu-alukan permohonan maaf itu semalam tetapi menyatakan bahawa Kanye West telah menyebabkan “kerosakan yang amat besar” dengan menggunakan pengaruhnya yang luas untuk “meracuni banyak orang dengan antisemitisme dan kebencian yang kejam.”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img