spot_img
spot_img

Undang-undang anti-alibaba akan diperkenal

spot_img

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan ndang-undang anti-Ali Baba untuk mencegah rakyat yang mempunyai lesen perniagaan, ‘menyewakan’ lesen itu kepada warga asing.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, isu ‘Ali Baba’ yang semakin berleluasa berpunca akibat lambakan pekerja asing apabila negara terlalu bergantung kepada mereka terutama bagi sektor 3D (dirty, dangerous & difficult).

Menurut dapatan Rafizi, rata-rata majikan berkata rakyat tempatan tidak mahu bekerja di dalam industri tertentu. Maka dengan banyaknya kemasukan tenaga kerja asing sejak berpuluh tahun lalu, ada di antara pekerja asing ini diberi lesen untuk disewakan dan warga asing itu menjalankan perniagaan. Kata beliau lagi bahawa akta anti-Ali Baba kelak membolehkan tindakan diambil kepada rakyat Malaysia (yang) ‘mengalibabakan’ lesen dan lain-lain kepada pekerja asing tanpa menepati syarat-syarat,” dipetik dari posting di aplikasi X hari ini.

- Advertisement -

Rafizi berkata, kerajaan akan mengurangkan kehadiran buruh asing dalam negara ini dan menetapkan sasaran pengurangan pekerja sedemikian secara berperingkat menjelang 2030.

Objektif pengenalan undang-undang itu perlu dibuat bagi memastikan usaha menghapuskan amalan Ali Baba tidak dibuat secara cakap kosong, sebaliknya menerusi akta khusus, tegas Rafizi.

Katanya, penyelesaian menyeluruh dan berstruktur perlu bagi menghentikan budaya Ali Baba, selain negara dianggar mengalami kerugian antara RM17 juta hingga RM18 juta susulan amalan tersebut.

- Advertisement -

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum itu dilaporkan berkata, kerajaan dalam proses merangka dasar anti-Ali Baba bagi menangani kesan negatif budaya itu terhadap ekonomi.

Katanya, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mengkaji, merangka dasar serta strategi perundangan bersesuaian bagi membanteras kegiatan berkenaan.

Pada 21 Disember lalu, media melaporkan, kira-kira 1,000 anggota dan pegawai polis Pasukan Gerakan Am (PGA) mengepung ‘mini Dhaka’ dalam operasi khas membanteras warga asing di Jalan Silang di sini.

Kepungan bermula pada pukul 11 pagi itu bagi menyerbu kebanjiran warga asing dilihat semakin ‘besar kepala’ membuka perniagaan selain ‘berlagak’ seperti warga tempatan.

Difahamkan serbuan bagi menangani kebanjiran warga asing di Jalan Silang dan perniagaan yang dimiliki serta menggajikan warga asing.

Kebanyakan warga asing membabitkan warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar itu gagal melarikan diri selepas kepungan mengejut dibuat.

Pemeriksaan di salah satu premis mendapati warga asing yang menjalankan perniagaan agensi pelancongan turut menawarkan khidmat klinik persendirian.

Sekurang-kurangnya 500 warga asing ditahan sebelum dibawa Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur untuk proses semakan dokumentasi.

Pada Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kerajaan menyasarkan hanya 20 peratus pekerja asing menjelang 2030 bagi memastikan semua majikan dan pemain industri mengutamakan tenaga kerja tempatan.

 

 

Foto : Kosmo

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img