spot_img
spot_img

Kerajaan tidak akan ‘menunggang’ atas nama Melayu

spot_img

KUALA LUMPUR, 20 Dis — Kerajaan tidak akan sesekali mengambil kesempatan di atas nama ‘perjuangan orang Melayu’, hanya untuk memperkayakan segelintir kumpulan yang berselindung di sebalik perniagaan “Ali Baba”, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata kerajaan tidak akan terlibat dalam skim yang bertujuan memperkasakan ekonomi Bumiputera tetapi pada masa yang sama menggalakkan gejala rasuah.

Beliau memberi contoh skim Jana Wibawa oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) dahulu di mana beberapa pemimpin utama mereka telah dituduh di mahkamah kerana rasuah dan salah guna kuasa.

- Advertisement -

Rafizi menjawab soalan Ahli Parlimen Pembangkang, terutamanya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang sering bertanya tentang agenda ekonomi Bumiputera kerajaan dalam membela orang Melayu.

Program Jana Wibawa yang diperkenalkan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebelum ini sebagai inisiatif rangsangan Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera. Bagaimanapun, program itu kini terjerat dalam skandal rasuah besar membabitkan beberapa pemimpin Bersatu.

Rafizi berkata mungkin kerajaan sebelum ini yang melihat perjuangan Melayu sebagai politik, tetapi keutamaan kerajaan perpaduan adalah untuk meningkatkan sumbangan Bumiputera kepada ekonomi.

- Advertisement -

Rafizi menambah bahawa sumbangan ekonomi golongan Bumiputera tidak konsisten walaupun ada bilangan perniagaan Bumiputera yang besar.

“Daripada lebih satu juta entiti perniagaan (bumiputera) di negara ini, hanya 3 peratus adalah syarikat besar, manakala 2 peratus adalah syarikat bersaiz sederhana.

“Kira-kira 15 peratus adalah syarikat kecil dan baki 80 peratus adalah perniagaan mikro,” jelasnya.

Daripada jumlah itu, Rafizi berkata sekitar 95 peratus perniagaan berdaftar adalah operasi kecil dan mikro yang diuruskan oleh Bumiputera.

Tambahnya, skala semasa adalah mengapa pendekatan baharu diperlukan untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera untuk mengelakkan mereka terus bergantung kepada bantuan kerajaan yang boleh menghakis daya saing.

Rafizi berkata daya saing dan survival boleh dicapai dengan memberi tumpuan kepada konsep 3P (Product, problem, people) iaitu ‘produk, masalah, manusia’.

Beliau berkata ini bermakna perniagaan yang perlu mencipta produk atau perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan pelanggan.

“Ini boleh dilakukan dengan mempunyai orang mahir yang mampu mencipta produk itu,” katanya, sambil menambah bahawa ini juga untuk mengelakkan perangkap mencari jalan mudah dengan risiko amalan rasuah.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img