spot_img
spot_img

Lapan orang lagi Ahli Parlimen Bersatu akan menyokong Anwar

spot_img

Kuala Kangsar 17 Dis : Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datul Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasalberkata kini terdapat rundingan yang sedang berjalan di antara ahli-ahli parlimen Bersatu untuk menyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun beliau tidak mahu mendedahkan nama-nama mereka yang terlibat.

Beliau dipetik berkata kepada Utusan Malaysia hari ini.

Syed Abu Hussin mengaku terdapat ketidakpuasan hati antara kepimpinan tertinggi Bersatu dengan beberapa ahli parlimen mereka berkenaan soal kebajikan kawasan parlimen masing-masing.

- Advertisement -

Secara ringkas, beliau berkata pentadbiran Bersatu tidak teratur dan tiada usaha untuk membantu ahli parlimen mereka dalam penerangan beberapa isu semasa, penambahan ahli serta cawangan serta cara tandbir urus daripada Presiden parti yang agak mengecewakan.

Apabila ditanya adakah rakyat di kawasannya boleh menerima keputusannya untuk menyokong kerajaan, beliau mengakui kawasan kampung mempunyai sentimen parti yang kuat dan ada tidak puas hati dengan dirinya. Namun beliau meminta mereka bersabar dan akan membuktikan keputusannya itu adalah demi untuk kebaikan penduduk Bukit Gantang.

Bukit Gantang adalah suatu kawasan kampung yang masih tidak mempunyai bandar menurutnya. Jadi peruntukan kewangan untuk kemajuan di kawasan itu amat penting. Syed Abu Husin kecewa kerana kepimpinan tertinggi PN tidak berunding dengan kerajaan berkenaan hal peruntukan yang sering dibangkitkan oleh ahli-ahli parlimen PN.

- Advertisement -

“Tambahan pula sekarang musim banjir. Saya hantar wakil pergi ke pusat pemindahan banjir dan saya cakap peruntukan tiada, kerajaan zalim sebab tidak beri peruntukan sedangkan kita tidak cerita pun yang kita tidak pergi berunding. Mengapa mahu bohong rakyat?”, katanya di dalam temuramah tersebut.

Apabila ditanya adakah beliau khuatir dengan tindakan yang akan diambil oleh Bersatu, “Saya tiada masalah kalau parti mahu ambil tindakan. Apa yang saya buat adalah saya hendak orang Melayu bersatu”, katanya sambil menyeru menyeru bekas-bekas Perdana Menteri seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bersama berunding dengan Perdana Menteri sekarang demi untuk memajukan negara.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img