spot_img
spot_img

Pemimpin Melayu perlu bijak dengan naratif Kit Siang

spot_img

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Pemimpin Melayu perlu lebih bijak dalam mengambil isu-isu untuk menjadi ‘juara’. Dengan perpecahan politik Melayu kepada pelbagai parti, kaum minoriti berupaya menjadi penentu kepada kepimpinan negara. Setidak-tidaknya mempengaruhi dengan kuat sebarang keputusan kerajaan.

Ketegasan Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Wan Ahmad yang telah mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkenalkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan hanya orang Melayu boleh menjadi perdana menteri telah mendapat tentangan. Bukan itu sahaja, lebih memalukan ialah banyak parti Melayu berdiam diri di dalam membela isu tersebut. UMNO, Amanah berdiam diri. Ini melambangkan lagi kelemahan orang Melayu kepada ‘musuh’ mereka.

Pemimpin Melayu kini, tidak mampu untuk melakukan sesuatu pindaan yang mempunyai kelebihan kepada orang Melayu kerana mereka tidak bersatu. Jadi perkara utama yang harus pemimpin politik Melayu menjadi lantang ialah dengan menyuarakan perpaduan di kalangan orang Melayu tanpa memburukkan sesama sendiri, kerana masing-masing juga ‘tidak suci’.

- Advertisement -

Beberapa orang politik dari Sarawak juga tidak bersetuju dengan saranan Ketua Pemuda Bersatu itu. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Malaysia hanya boleh maju dan mendapat penghormatan antarabangsa jika pemimpin meninggalkan perspektif etnosentrik, dipetik dari Free Malaysia Today. Abdul Karim berkata, rakyat dan pemimpin negara harus menghapuskan retorik sebegitu terutama selepas lebih enam dekad merdeka. Ini memberi suatu gambaran kepada etnik minoriti bahawa kaum bumiputera telah terbuka dan boleh menerima Perdana Menteri bukan seorang Melayu.

Ini terjadi apabila kesatuan perpaduan Melayu di semenanjung menjadi bercerai-berai. Masing-masing ingin merebut jawatan, ingin menjadi kerajaan dan saling jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain sesama bangsa. Ini tidak kelihatan kepada perseteruan antara DAP dan MCA.

Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sing berkata, turut mempersoalkan sama ada ini bermakna anak negeri Sabah dan Sarawak akan dihalang daripada memimpin negara pada masa hadapan.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata visi pengasas negara adalah untuk membina sebuah negara di mana setiap rakyat Malaysia boleh menyumbang.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan Setiausaha Agung Parti Sarawak Bersatu (PSB), Baru Bian berkata beliau yakin Ahli Parlimen Malaysia Timur tidak akan menyokong langkah mengehadkan jawatan perdana menteri kepada orang Melayu Islam.

ADUN Ba’Kelalan itu turut melahirkan rasa kecewa terhadap Wan Ahmad Fayhsal kerana membuat cadangan sedemikian.

Malah amaran diberikan oleh pemimpin Bumiputera itu, bahawa “jika (Perdana Menteri) Anwar (Ibrahim) meminda Perlembagaan Persekutuan, saya yakin Ahli Parlimen Sarawak dan Sabah tidak akan menyokong idea sebegitu,” katanya dipetik sebagai berkata.

Ada pepatah jeneral perang berbunyi, “jika anda tidak kuat, jangan menunjukkan diri anda itu lemah. Hanya serang jika anda yakin peroleh kemenangan”.

Tanya kepada semua pemimpin Melayu, anda menjadi kecil dan berpecah adakah kerana Lim Kit Siang atau anda sendiri yang bercakaran sesama sendiri ?

 

Ulasan Ketua Editor Berita Tular ini tidak mewakili pandangan rasmi yang mewakili pendirian portal

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img