Putrajaya 13 Disember: Selepas temuramah akhbar Singapura dengan bakal Yang Dipertuan Agong yang ke 17, Sultan Ibrahim Iskandar, pelbagai reaksi diberikan oleh rakyat negara ini.
Negarawan Tun Dr Mahathir Mohammad tidak terlepas dalam memberi pandangan beliau terhadap cadangan bahawa SPRM dan Petronas harus berada di bawah Agong secara langsung, bukan lagi di bawah pengawasan parlimen atau Perdana Menteri.
Tun Mahathir berkata pandangan baginda tersebut tidak boleh diambil ringan kerana ia akan mengubah peranan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan, bukan raja berkuasa mutlak.
Perdana Menteri sebanyak dua kali itu mengingatkan akan sejarah bahawa dahulunya penjajah British dengan mudah memaksa Raja-raja Melayu memberikan negeri-negeri mereka. Namun, konsep Raja Berperlembagaan diterima pakai dan raja-raja di Tanah Melayu kembali relevan semula.
Tun Dr Mahathir percaya kepada agihan kuasa yang seimbang antara dua pihak iaitu Parlimen dan Raja untuk melaksana undang-undang mahupun dasar negara. Ia lebih selamat daripada memberi kuasa mutlak kepada salah satu darinya.