Free Porn
xbporn

buy twitter followers
uk escorts escort
liverpool escort
buy instagram followers
Galabetslotsitesi
Galabetsondomain
vipparksitesigiris
vipparkcasinositesi
vipparkresmi
vipparkresmisite
vipparkgirhemen
Betjolly
spot_img
spot_img

Kerajaan wajib kaji kaedah tahanan reman

spot_img

Laporan Utusan Malaysia kelmarin tentang sebanyak 36.3 peratus atau 23,869 daripada 67,758 banduan yang ditahan di 47 penjara di seluruh negara adalah tahanan reman membabitkan pelbagai kes jenayah kecil-kecilan terutama dadah, wajar diberi perhatian.

Statistik Jabatan Penjara sehingga 16 Oktober lalu menunjukkan jumlah penghuni yang sedang menjalani hukuman dan ditahan di seluruh penjara adalah 65,758 orang. Daripada jumlah itu, 41,889 orang atau 63.70 peratus adalah banduan sabitan manakala selebihnya banduan reman.

Keadaan ini menyebabkan Penjara Kajang dan Penjara Sungai Buloh di Selangor didakwa berhadapan kesesakan terburuk. Ini apabila ia terpaksa menempatkan 6,000 banduan, hampir dua kali ganda daripada kapasiti 3,500 orang di setiap penjara itu.

- Advertisement -

Dengan jumlah 23,869 tahanan reman di seluruh negara, kerajaan terpaksa membelanjakan kos makanan RM435 juta setahun mengambil kira kos setiap tahanan RM50 sehari.

Tahanan reman adalah mereka yang masih dalam proses reman berkaitan kes-kes tuduhan jenayah kecil, jenayah tanpa kekerasan dan terutama kes penagihan dadah.

Ia juga membabitkan orang kena tuduh (OKT) yang tidak mampu membayar wang ikat jamin walaupun hanya dituduh melakukan kesalahan kecil seperti mencuri barang-barang di pasar raya dan lain-lain premis.

- Advertisement -

Malangnya, ada tahanan reman terpaksa meringkuk di penjara sehingga dua tahun sementara menunggu perbicaraan selesai. Kita bimbang, tindakan mencampurkan banduan disabit bersalah dan tahanan reman menyebabkan mereka mengalami tekanan perasaan.

Ada juga dilaporkan terpaksa bercerai kerana status ‘isteri yang digantung tak bertali’ selain hilang pekerjaan kerana status ditahan dipenjara.

Itu belum ambil kira ‘masa terbuang’ tempoh tahanan reman yang bertahun-tahun. Bayangkan jika mereka tidak bersalah atau mereka yang tidak mampu bayar wang jaminan. Siapakah yang mahu dipertanggungjawabkan dan boleh menggantikan semula ‘masa’ yang hilang itu.

Sebab itu, kita sokong saranan pelbagai pihak termasuk Suhakam yang mahu kerajaan pertimbangkan membebaskan tahanan yang masih dalam proses reman berkaitan jenayah kecil, jenayah tanpa kekerasan dan penagihan dadah.

Sebagai alternatif, perlu dipertimbangkan syarat ikat jamin seperti melapor diri di balai polis berbanding kenakan ikat jamin khususnya dalam kalangan OKT yang tidak mampu membayar ikat jamin.

Walaupun dibebaskan, mereka juga boleh dipakaikan peranti yang dapat mengesan pergerakan mereka 24 jam. Ini memudahkan polis memantau kegiatan harian mereka selain dapat mengelakkan mereka daripada mengulangi kesilapan yang sama.

Selain itu, katanya, hakim juga boleh melihat kepada keperluan bayaran ikat jamin secara ansuran sebagai langkah alternatif. Ini lebih adil terutama bagi yang kurang berkemampuan.

Pastinya, jika berkemampuan, OKT akan bayar ikat jamin mencecah ratusan ribu ringgit dan bebas. Tidak ada orang normal mahu tinggal di penjara.

Cercaan masyarakat terutama yang suka melabelkan gelaran banduan itu lebih parah kesannya dari segi psikologi berbanding hukuman yang telah dijalani oleh pesalah. Inikan pula jika mereka adalah tahanan reman yang belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img