spot_img
spot_img

Gedung online pakaian fesyen murah mencapai bilion dolar hasil

spot_img

WASHINGTON, 28 Nov — Gergasi pakaian fesyen murah yang berasal dari China, Shein dilaporkan telah memohon untuk menawarkan saham (IPO – Initial Public Offering) kepada umum di Amerika Syarikat, lapor Wall Street Journal semalam, menyifatkan langkah itu berpotensi sebagai salah satu IPO terbesar yang akan muncul.

Menurut sumber, IPO itu mungkin akan ditawarkan tahun hadapan.

Bank Goldman Sachs, JPMorgan Chase dan Morgan Stanley telah ditugaskan untuk menaja jamin tawaran itu, menurut petikan daripada akhbar bisnes itu. Namun kedua-dua gergasi kewangan itu tidak mengulas lanjut apabila ditanya oleh agensi berita.

- Advertisement -

Shein bernilai AS$66 bilion (RM308.8 bilion) awal tahun ini, dan dengan kebenaran IPO kepada syarikat itu di Amerika Syarikat, ia boleh membuat gelombang besar di pasaran Wall Street.

Syarikat itu – terkenal kerana menjual sejumlah besar stok pakaian untuk harga yang sangat rendah – mencatatkan hasil AS$23 bilion dan keuntungan bersih AS$800 juta pada 2022, kata Jurnal, melaporkan bahawa Shein telah memberitahu pelabur ia telah mencatatkan rekod baharu dalam tiga suku pertama 2023.

Diasaskan pada 2008 di China dan berpangkalan di Singapura, Shein dilaporakn begitu cepat menakluki pasaran fesyen segera di peringkat global dengan menjual produknya secara eksklusif dalam talian dan memenuhi keperluan pelanggan muda melalui media sosial.

- Advertisement -

Namun syarikat itu mempunyai kontroversi di mana Shein telah dituduh mengeksploitasi buruh tanpa gaji, mengaburi proses pengeluaran dan menggalakkan penggunaan bahan mentah berlebihan. Ini telah menghadapi kemarahan aktivis alam sekitar dan hak asasi manusia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img