spot_img
spot_img

Putrajaya harus elak pemaju hartanah asing bangunkan kawasannya

spot_img

PUTRAJAYA: Putrajaya Hodings yang ditubuhkan pada tahun 1995 oleh kerajaan untuk membangunkan satu-satunya kawasan bandar moden ‘orang Melayu’ seharusnya sudah mampu berdiri di atas kakinya sendiri.

MOU (memorandum of understanding) hari ini dengan pihak Sunway Property, cabang perniagaan hartanah Sunway Bhd (Sunway) untuk menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan hartanah komersial di Presint 7 dan 8, Putrajaya menimbulkan pertanyaan di kalangan orang awam terutamanya penduduk Putrajaya.

Azhan Azlihan 32, warga Putrajaya berkata setelah hampir tiga dekad, adakah Putrajaya Holding tidak mampu membangunkan projek komersialnya sendiri, tetapi masih ‘mengambil jalan mudah’ untuk bersama dengan pemaju swasta yang besar untuk merealisasikan model perniagaan ‘Bina-Milik-Kendali’.

- Advertisement -

Pemaju swasta semestinya tidak akan mengikut acuan asal tujuan Putrajaya dibangunkan iaitu sebagai penempatan untuk kakitangan kerajaan, terutamanya orang Melayu, menurut Azhan.

“Secara tidak langsung ia membuka ruang kepada pemaju hartanah swasta lain untuk berlumba-lumba menjadikan Putrajaya sebagai satu lagi projek keuntungan semata-mata, sesak dan tidak menerapkan kualiti kehidupan”, katanya sambil memberi contoh pembangunan di Puchong, Sunway dan Mont Kiara yang begitu padat dan kos kehidupan yang tinggi di mana kurang digemari oleh penduduk Melayu.

Melalui MOU itu, difahamkan Sunway Bhd mengalu-alukannya kerana ia mewujudkan asas untuk kerjasama masa depan antara dua organisasi itu dalam memajukan lagi pelbagai sektor lain seperti perubatan, pendidikan, pembangunan hartanah dan hospitaliti di Putrajaya dalam satu kenyataan hari ini.

- Advertisement -

Putrajaya Holdings adalah pemaju induk Putrajaya, salah satu projek pembangunan bandar terbesar di Malaysia yang diilhamkan oleh kerajaan semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Putrajaya Holdings mempunyai lebih daripada 20 projek pembangunan di Putrajaya yang terdiri daripada bangunan pejabat kerajaan, hab komersial dan projek kediaman seperti Murraya di Presint 12, Fera di Presint 8 serta Pusat Beli-Belah Alamanda di Presint 1.

Sarimah Nawawi, 45, kakitangan kerajaan yang menetap di Putrajaya bimbang apabila pemaju hartanah swasta besar seperti Sunway mula bertapak di Putrajaya, ciri-ciri atau bandar orang Melayu yang satu-satunya ada di Malaysia mungkin akan terhakis.

“Penduduk Putrajaya beruntung kerana semuanya berada dalam pengurusan kerajaan pusat dengan baik. Sebagai contoh hospital kerajaan di sini adalah sama seperti hospital swasta dari segi pengurusan dan kemudahnnya. Bayangkan Sunway mempunyai Sunway Healthcare Group (SHG) yang merupakan antara kumpulan penjagaan kesihatan swasta bersepadu yang terkemuka di negara ini berhasrat untuk mewujudkan pusat kesihatan di sini, saya tidak jamin ianya percuma untuk warga Putrajaya. Sudah tentu ia merupakan pusat perubatan untuk golongan mewah”, ujarnya dan sambil mempersoalkan adakah ia akan memberi faedah buat penduduk Putrajaya atau akan memberi faedah kepada orang asing untuk jangka masa panjang.

Siti Nuraini, 27, yang berkhidmat sebagai anggota awam di Presint 15 Putrajaya berkata, Putrajaya adalah satu-satunya bandar Melayu yang ada di Malaysia dan dia berharap bandar ini tidak akan berubah menjadi bandar-bandar sesak dan komersial seperti lain-lain kawasan di sekitar Lembah Klang.
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img