SHAH ALAM, 24 Nov — Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu (PAT) berkata UMNO sudah tidak mempunyai kuasa dan hilang sokongan majoriti orang Melau. Beliau juga berkata Pakatan Harapan (PH) boleh mentadbir Malaysia tanpa perlu membentuk pakatan dengan UMNO.
“Walaupun Umno sebagai parti Melayu berada dalam kerajaan, mereka tiada kuasa. Umno yang hanya mempunyai 26 kerusi parlimen, hanya dalam kerajaan pimpinan PH. Tanpa Umno, PH masih boleh memerintah,” kata Muhyiddin dalam ucapannya pada mesyuarat agung tahunan Bersatu keenam di Pusat Konvensyen Ideal beliau.
Muhyiddin juga mendakwa orang Melayu sekarang telah kehilangan kuasa mereka kerana perdana menteri bukan daripada parti Melayu. Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan parti berbilang kaum dan tidak inklusif untuk satu kaum sahaja.
Muhyiddin juga menegaskan ini merupakan kali pertama dalam sejarah di mana perdana menteri bukan dari parti Melayu.
“Malah, parti cauvinis yang anti-Melayu dan anti-Islam iaitu DAP adalah parti terbesar dalam kerajaan hari ini,” tambahnya.
Bersatu dan rakan gabungan PN daripada PAS kini kuat memainkan naratif bahawa DAP adalah parti “chauvinis” Cina yang akan menghapuskan hak Melayu dalam usaha terbukanya untuk menawan semula Putrajaya.
Menurut penganalisis politk, naratif ini sama digunakan oleh UMNO untuk menyerang kerajaan semasa Bersatu bersama PH termasuk DAP membentuk kerajaan semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri kali ke dua pasca PRU14.