Seorang graduan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berani menjadi ‘biadap’ dihadapan para pensyarah dan pemimpin semasa konvokesyen mereka 2 hari lepas. Ucapan yang ‘berani’ itu mendapat perhatian kerana menyentuh isu kuota kaum di institut pengajian tinggi awam tempatan.
Pelajar berbangsa India itu bernama Nahvin Muthusamy menerima Anugerah Pendidikan Diraja semasa majlis konvokesyen UTeM ke-19, tanpa segan silu menggunakan peluang itu untuk menyentuh kepentingan menyediakan peluang yang sama rata kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang keluarga, sosial dan kaum mereka.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer itu menegaskan kerajaan dan universiti awam harus mengamalkan meritokrasi berbanding kuota yang berpecah belah. Amat malang disebalik kejayaan itu, dia tidak memberikan inspirasi kepada pelajar lain untuk mencapai seperti pencapaiannya. Tetapi dia sendiri mengkritik pula sistem di mana ia telah membantu dirinya mencapai ke tahap itu.
Ini merupakan acuan yang merbahaya yang mula merabak ke dalam negara baru-baru ini di mana kaum minoriti berani menyentuh sensiviti kaum majoriti yang dijamin haknya sejak kemerdekaan.
Banyak pakar-pakar hubungan kaum telah berbunyi sebelum ini dan para pengkaji keharmonian kaum yang boleh kita semua capai di ruang internet, jika kaum bukan Melayu ingin menyuarakan hak kesamarataan, asimilasi sistem belajar satu aliran sekolah kebangsaan harus dijadikan teras sejak dari bangku sekolah. Dengan itu semua kaum dapat bergaul, kenal-mengenal dan bersaing di pentas yang sama. Ini baru adil.
Dengan tidak sopan dan berani, Nahvin mengkritik kerajaan dan universiti awam harus mengamalkan meritokrasi berbanding kuota yang berpecah belah. Sepatutnya dengan tahap pencapaian yang dicapai oleh dirinya, dia boleh berfikir bahawa perpecahan sebenar berlaku kerana wujudnya sekolah pelbagai aliran sejak awal lagi. Bukan di peringkat Universiti.
Untuk menguatkan naratif yang dibawa oleh dirinya semasa ucapan itu, Nahvin menceritakan kisah tentang mendiang rakannya dari sekolah menengah, yang gagal mendapat tempat di matrikulasi kerana hanya kurang 1 A dalam SPM untuk layak ke IPTA. (cerita ini tidak dapat disahkan benar atau tidak oleh Berita Tular).
Tambah Nahvin lagi, kononnya apabila memasuki matrikulasi, dia terkejut apabila mendapati pelajar Melayu yang mempunyai keputusan akademik lebih rendah daripada rakannya layak memasuki program berkenaan.
Daripada ucapan seorang anak muda Malaysia yang bukan berbangsa Melayu ini, kejayaan dicapai, namun masih tidak berterima kasih kepada pentas yang membolehkan dirinya mencapai apa yang diperoleh. Adakah ini sikap yang bukan Melayu ingin perjuangkan kini ?
Semakin berani tak mengenal usia.
Haris Salleh – Nibong tebal