KUALA TERENGGANU: Pengundi di Kemaman serta rakyat Terengganu kini memiliki negeri yang ditadbir tanpa pembangkang. Ia sebenarnya adalah sesuatu yang tidak sihat dari segi semak dan imbang di dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Namun mengikut demografi penduduk di sana, pengundi amnya lebih memilih untuk mengundi berdasarkan sentimen agama dan kaum, bukan prestasi dan ekonomi.
Jika rakyat Kemaman bijak, mereka boleh membuat perbandingan antara wakil rakyat Kerajaan Negeri yang dipimpin PAS atau oleh wakil rakyat dari Kerajaan Perpaduan jika jika calon Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, 2 Disember ini. Ia tidak merugikan langsung rakyat Kemaman untuk melaksanakan formula ini. Mungkin lebih banyak pembangunan akan diberi kepada penduduk kerana pastinya kerajaan pusat akan menjaga satu-satunya Parlimen mereka di negeri Terengganu. Ini boleh dikatakan peluang keemasan buat anak tempatan di Kemaman.
Dijangka pastinya kerajaan pusat akan melaksanakan pembangunan yang rancak jika calon BN, Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, memenangi kerusi itu. Namun, kembali kepada perkara yang disebut di atas, ia harus mengikut mood pengundi di Kemaman, adakah masih mengundi berdasarkan sentimen agama dan kaum, atau prestasi membawa pembangunan.
Untuk rekod, tiada sebarang projek pembangunan dilakukan kerajaan PAS selepas lebih empat tahun menerajui kepimpinan kerajaan negeri, dan ini disahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika berucap pada majlis ceramah isu semasa di Dewan Sivik Felda Cherol, semalam.
Foto : Utusan Malaysia