spot_img
spot_img

Bekas Timbalan Gabenor tidak sensitif kepada perjuangan Palestin yang diperjuangkan pemimpin negara

spot_img

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Bekas timbalan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Sukudhew Singh, menegur pemimpin tertinggi negara dalam memperjuangkan isu konflik di Palestine. Secara berkias dia berkata di laman media sosial peribadi miliknya, Sukudhew menulis kononnya pemimpin politik Malaysia tidak memberi tumpuan kepada hubungan antarabangsa yang akan memberi manfaat kepada negara dari segi ekonomi.

Dia berkata lagi, ia memberi imej tidak baik kepada pemimpin itu untuk menonjol sebagai tokoh diperingkat antarabangsa. Adakah Sukudhew mahu melihat Malaysia menjadi seperti Singapura ataupun Thailand yang mengambil pendirian neutral dalam konflik di Gaza ? Adakah ini pendirian kebanyakan orang bukan Islam di Malaysia ?

Penulisan Sukudhew yang dangkal berbunyi “Daripada berusaha untuk mendamaikan dan memahami, sebaliknya bertindak balas secara emosi”. Pada pandangan editorial yang menentang sebarang keganasan kepada manusia tanpa mengira agama dan kaum, adalah lebih baik untuk beremosi dan ekstrem di dalam usaha mencari pendamaian, kerana apa yang dilakukan oleh rejim Zionis lebih ekstrem berbanding luahan para pemimpin dunia Islam, termasuk Malaysia.

- Advertisement -

Sukudhew sebagai orang yang pernah menjawat penting dalam menjaga kewangan negara tidak boleh meletakkan naratif ekonomi dan nyawa umat Islam untuk kepentingan keduniaan. Ia adalah urusan yang berbeza dan jangan letakkan nyawa orang yang dibunuh dengan kejam dengan ukuran ekonomi negara.

Sukudhew juga mendakwa “Sekarang, kita mempunyai pemimpin yang lebih berminat untuk menarik aksi hubungan antarabangsa yang mengagungkan diri sendiri, daripada menangani isu teras yang menjejaskan kemajuan ekonomi”. Penulisan ini nampak jelas bahawa bekas gabenor ini sememangnya mengambil pendirian tengah dan tidak memahami langsung sejarah konflik di Gaza. Apa yang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri dari Malaysia yang beragama Islam bukanlah bersifat untuk membangga diri, tetapi ia adalah satu perjuangan kepada bangsa dan saudara seagama yang dituntut di dalam ajaran Islam. Tiada mana-mana dunia Islam mampu memberi pertolongan kepada rakyat Palestin dari segi ketenteraan. Mereka hanya mampu ‘berbicara’ dan protes, termasuk menjadi emosional.

Sukudhew berkata negara kecil seperti Malaysia mesti bijak dalam hubungan antarabangsa mereka untuk memastikan mereka tidak memusuhi rakan ekonomi penting dan menjejaskan prospek ekonomi mereka. Secara tidak langsung bekas gabenor ini memberi gambaran bahawa Malaysia dipimpin oleh orang yang tidak bijak kerana mengambil pendirian tegas berada di pihak Palestin. Sebenarnya, nasib baik Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak bersikap seperti yang Sukudhew sarankan itu kerana ia pasti akan memberi gambaran buruk kepada kerajaan Madani di mata majoriti orang Melayu di Malaysia. Sudahlah pembangkang memainkan naratif bahawa kerajaan Anwar ini dikuasai DAP, ini mahu ditambah pula dengan tidak menyokong perjuangan Palestin ? Jelas Sukudhew adalah seorang yang tidak memahami dengan mendalam situasi politik lokal dan antarabangsa. Sumber ekonomi bukan hanya dari negara yang menyokong Israel. Lebih banyak negara yang boleh Malaysia jalinkan ekonomi, terutamanya di Timur Tengah, China, Russia dan lain-lain negara yang menyokong kuat perjuangan Palestin.

- Advertisement -

Menyokong Palestin tidak langsung memberi risiko kepada kemajuan ekonomi Malaysia. Sukudhew harus membuang pemikiran bahawa kemajuan masa depan Malaysia adalah bergantung kepada sikap neutral dan tidak mengkritik kekejaman Zionis. Sebagai bekas Gabenor, anda perlu lebih bijak dalam memberi idea ekonomi, bukan mengkritik pemimpin negara dalam menyokong usaha menentang kekejaman terhadap kemanusiaan.

Sukudhew adalah timbalan gabenor di BNM selama empat tahun sembilan bulan dari April 2013 hingga Disember 2017.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sokongan padu kerajaan Malaysia terhadap Palestin yang bebas dan kecamannya terhadap kekejaman Israel di Gaza tidak akan menghalang pelabur Amerika Syarikat daripada menjalankan perniagaan di sini.

Walaupun usaha keras kerajaan dalam memrjuangkan suara Palestin, Anwar berkata pentadbirannya telah memperoleh sejumlah RM63.02 bilion pelaburan yang dicadangkan terutamanya daripada gergasi teknologi di luar Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec), yang disebutnya sebagai bukti bahawa selera pelaburan Amerika di Malaysia kekal kukuh .

Anwar memberi maklum balas kepada ahli parlimen terutamanya yang bukan beragama Islam yang telah menyatakan kebimbangan bahawa kritikan pentadbirannya terhadap kuasa Barat sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas Gaza boleh memberi kesan ekonomi kepada Malaysia.

 

Kami editorial di Berita Tular menyokong penuh usaha kerajaan di bawah Perdana Menteri dalam memperjuangkan isu Palestin. Teruskan, rakyat negara ini dan masyarakat antarabangsa khususnya orang Islam mengharapkan usaha seperti ini dimainkan oleh pemimpin Islam.

 

 

 

Foto : FMT

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img