spot_img
spot_img

Anwar sebagai Menteri Kewangan mampu halang ‘Jana Wibawa’ berulang

spot_img

Parlimen (22 Nov): Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang paling sesuai untuk memegang jawatan Menteri Kewangan, bagi memastikan proses perolehan terbaik dan mengelakkan kejadian seperti skandal Jana Wibawa daripada berulang, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di persidangan parlimen hari ini semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Rafizi menegaskan perdana menteri memikul tanggungjawab terbesar untuk memastikan tadbir urus perolehan bagi mengelak kejadian lampau berulang.

Beliau menjawab soalan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Tassin (PN-Pagoh), yang bertanyakan sama ada Rafizi bersetuju untuk Anwar melantik menteri kewangan sepenuh masa, sambil mencadangkan Rafizi sendiri yang memegang portfolio Menteri Kewangan itu.

- Advertisement -

(Bekas Perdana Menteri dan AHli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin)

Rafizi juga menafikan dakwaan Muhyiddin bahawa prestasi ekonomi adalah lemah, dengan memetik contoh seperti pertumbuhan ekonomi tiga suku berturut-turut, fenomena yang menurut Rafizi, tidak berlaku sepanjang 33 bulan pentadbiran Perikatan Nasional.

- Advertisement -

“Selain itu, kita juga mencatatkan kadar pengangguran paling rendah, inflasi yang semakin perlahan, dan jumlah penduduk miskin tegar yang menurun. Jadi, dalam erti kata apa Pagoh (Muhyiddin) kata prestasi ekonomi lemah?” tanya Rafizi.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih Putrajaya, terdapat penstrukturan semula portfolio kementerian, dengan kementerian ekonomi kini bertanggungjawab meluluskan projek peringkat tinggi.
“Skop kementerian termasuk menyaring dan menilai perkara dan skop projek, menetapkan kos siling dan peruntukan untuk sesuatu projek. Selepas itu barulah projek itu akan ke peringkat perolehan dan penyediaan aliran tunai tahunan yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan,” kata Rafizi.

Walaupun pemantauan setiap projek akan terletak di bawah bidang kuasa kementerian masing-masing, Rafizi berkata mekanisme itu disediakan untuk memastikan amalan semak dan seimbang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img