spot_img
spot_img

RM5,000 geran pendigitalan daripada kerajaan

spot_img

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta untuk menyediakan geran pendigitalan sehingga RM5,000 yang akan memanfaatkan lebih 20,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan mikro.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata geran ini boleh digunakan untuk menaik taraf sistem jualan, inventori dan perakaunan digital.

Sejumlah RM900 juta dana di bawah Bank Negara Malaysia disediakan untuk menggalakkan syarikat PKS meningkatkan produktiviti perniagaan melalui automasi dan pendigitalan,” katanya dalam ucapan membentangkan Bajet 2024 di Dewan Rakyat hari ini (13 Oktober).

- Advertisement -

Anwar berkata, kerajaan juga akan menyediakan sejumlah RM40 juta untuk melaksanakan Program Shop Malaysia Online bagi menggalakkan peniaga kecil khususnya dalam sektor makanan berniaga dari rumah.

Pusat Ekonomi Digital di setiap dewan undangan negeri juga akan terus diperkukuh bagi menyokong usahawan kecil menjual produk secara dalam talian dengan jumlah peruntukan RM25 juta.

 

- Advertisement -

Sumber – Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img