RIYADH, 20 Nov — Arab Saudi mengumumkan semalam berkenaan penemuan tapak gas asli baharu di wilayah Empty Quarter Region (wilayah yang tidak didiami) di selatan negara itu.
Dua tapak gas asli, Al-Hiran dan Al-Mahakik, ditemui oleh Syarikat Minyak Arab Saudi (Saudi Aramco) di Empty Quarter, kawasan padang pasir yang luas di selatan Semenanjung Arab, Xinhua memetik laporan Agensi Akhbar Saudi.
Selain itu, gas asli juga ditemui dalam lima takungan di medan yang ditemui sebelum ini, kata laporan itu.
Saudi Aramco, syarikat minyak nasional Arab Saudi, menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran gasnya sebanyak 50 peratus menjelang 2030 daripada paras 2021.
Sumber — Bernama-Xinhua