PARIS, 16 Nov — Eropah tidak mahu ketinggalan di dalam ‘perlumbaan’ internet saltelit. Sudah pasti Eropah tidak mau Elon Musk memonopoli servis internet terpantas dari angkasa memalui syarikatnya Starlink.
Syarikat Eropah, Eutelsat berkata mereka mahu bersaing cepat dengan Elon Musk, dipetik dalam temu bual dengan agensi berita AFP.
“Mereka (pelanggan dan pemegang taruh) memberitahu kami mereka melanggan Starlink kerana tidak ada pilihan lain. Tetapi mereka mahukan persaingan juga. Tiada siapa yang mahukan monopoli”, kata pegawai tertinggi Eutelsat.
Eutelsat baru-baru ini bergabung dengan pengendali British OneWeb dan menyasarkan untuk menambah telekom dan ketersambungan kepada perniagaan utama media penyiarannya.
Namun Eutelsat bukan sahaja berdepan dengan Elon Musk, pesaing lain termasuk Jeff Bezos, pengasas Amazon melalui syarikat angkasa lepasnya Blu Origin dan kerajaan China juga mempunyai cita-cita untuk melancarkan beribu-ribu satelit.
Eutelsat berkata masih mempunyai pasaran luas walaupun terdapat empat atau lima pesaing lagi.
Jalur lebar satelit membolehkan liputan internet ke kawasan paling terpencil dengan menghapuskan keperluan untuk antena dan infrastruktur lain.
Ia juga akan membekalkan internet kepada pesawat penumpang dan produk seperti kereta.
Eutelsat merancang untuk mengeluarkan generasi kedua perkhidmatan internet OneWeb menjelang 2028.
Eutelsat juga merancang untuk menyertai projek EU bernilai enam bilion euro yang dipanggil IRIS2, yang akan bertujuan untuk melancarkan rangkaian satelit.