BRAZIL, 14 Nov — Presiden Brazil hari ini menuduh Israel sebagai pembunuh manusia tanpa mengira siapa di Semenanjung Gaza, yang majoritinya merupakan rakyat Palestin. Beliau juga berkata tindakan itu sama buruk seperti serangan 7 Oktober oleh kumpulan militan pejuang pembebasan Palestin, Hamas.
“Selepas tindakan keganasan yang dicetuskan oleh Hamas, akibatnya, penyelesaian negara Israel, adalah teruk seperti Hamas. Mereka membunuh orang yang tidak bersalah tanpa sebarang kriteria,” kata Luiz Inacio Lula da Silva pada satu majlis rasmi di Brazil. Beliau juga menuduh Israel mengebom tempat yang didiami kanak-kanak, hospital dengan alasan kononnya melawan pengganas.
(Lulu – Presiden Brazil)
Brazil merupakan negara terbesar Amerika Latin.
Wakil masyarakat Yahudi Brazil mengecam kenyataan Presiden mereka sebagai “salah”, “tidak adil” dan “berbahaya”, sambil menambah bahawa mereka “meletakkan Israel dan Hamas pada tahap yang sama”.
Masyarakat Yahudi Brazil cuba memberikan contoh bagaimana tindakan Zionis cuba membantu rakyat Palestin yang tidak bersalah.
Pada 7 Oktober lalu pejuang Hamas menyerang Israel, membunuh kira-kira 1,200 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pihak berkuasa Israel.
Tentera Israel menganggarkan bahawa kira-kira 240 rakyatnya juga telah dijadikan tebusan oleh kumpulan itu.
Sejak itu, Israel telah menyerang Gaza tanpa henti, membunuh kira-kira 11,240 orang, kebanyakannya orang awam, termasuk 4,630 kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas di sana.
Israel menafikan sengaja menyasarkan hospital. Ia menuduh Hamas menggunakan kemudahan hospital, atau terowong di bawahnya, sebagai tempat persembunyian. Hamas menafikan tuduhan itu.
Komen Lula dibuat ketika dia mengalu-alukan kepulangan 22 warga Brazil dan 10 ahli keluarga mereka yang telah dipindahkan dari Gaza pada Ahad lalu melalui sempadan darat dengan Mesir, selepas lebih sebulan menunggu di zon konflik.
Foto : english.wafa.ps
Foto : NPR.org