spot_img
spot_img

PAS perlu ketuai dan dominan dalam PN untuk kekal menang pilihanraya

spot_img

Kangar : Pergolakkan gabungan Perikatan Nasional (PN) di negeri-negeri yang ditadbir mereka kini telah menjadi perhatian. Ini kerana PAS yang mempunyai wakil rakyat paling ramai digambarkan berada di bawah parti kerdil Bersatu. Bersatu hanya bersandarkan kekuatan nama Mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PN mampu bertahan kerana Tuan Guru Tan Sri Hadi Awang sebagai Presiden PAS masih menghormati Muhyiddin dan mengenang jasa bersama mempelawa parti itu menjadi sebahagian dari kerajaan PN dalam tempoh singkat sewaktu Covid19 dahulu.

Dipetik daripada laporan Utusan Malaysia, Ketua Pemuda Pas Kawasan Tangga Batu, Mohd. Rajab Akmal Abdul Halim berkata, Pas perlu menerajui Perikatan Nasional (PN) Melaka jika gabungan itu ingin memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Menurutnya ia terbukti seperti mana yang berlaku di beberapa buah negeri dikuasai Pas; Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Beliau juga menegaskan bahawa gelombang rakyat kini lebih menerima Pas, bukti dari pilihanraya lalu.

- Advertisement -

(Mohd. Rajab Akmal Abdul Halim)

Menurutnya lagi, sokongan rakyat terhadap Pas di luar Pantai Timur pula semakin memuncak sehingga hampir menawan Selangor, Perak dan Pahang.

- Advertisement -

Sambil tidak mahu menafikan kepimpinan Muhyiddin di Bersatu, tetapi Mohd Rajab bertegas bahawa Pas perlu menjadi parti yang dominan di dalam PN.

Apabila ditanya berkenaan ersengketaan antara Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Melaka yang juga Pengerusi PN negeri, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub dengan ADUN Sungai Udang, Dr. Mohd. Aleef Yusof, Mohd. Rajab Akmal berkata, ia adalah ‘asam garam’ dalaman parti itu.

“Ini adalah cadangan Pas Melaka (untuk mengetuai PN Melaka), namun ia perlu mendapat restu daripada pucuk pimpinan Pas Pusat dan parti gabungan dalam PN sendiri.

“Jika PN memberi peluang Pas untuk memimpin Melaka, saya yakin pimpinan Pas Melaka mampu dan telah bersedia bagi memastikan kemenangan pada PRN nanti. Sokongan rakyat terhadap Pas di Melaka semakin memuncak apabila memenangi Parlimen Jasin dan Tangga Batu pada PRU15,” jelasnya.

Di Perlis pula, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri Abu Bakar Hamzah mendakwa wujudnya perpecahan di dalam Pas negeri. Menurutnya ia disebabkan oleh isu kefahaman agama, susun gerak kerja dan pentadbiran kerajaan negeri.

(Abu Bakar Hamzah)

Beliau juga tidak kisah digelar apa sekali pun susulan daripada tegurannya berhubung perpecahan yang berlaku di dalam Pas negeri kerana ia merupakan satu bentuk teguran demi memperkukuhkan gabungan PN di Perlis.

Pihaknya bertegas akan hanya bercakap jujur bagi memperbetulkan semula permasalahan yang berlaku itu sekali gus menggelakkannya daripada terus berlarutan.

Menurut rekod, ini semua berlaku susulan teguran terbuka Bersatu Perlis ditujukan kepada Pas Perlis selepas muktamar Pas baru-baru ini di mana Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ada menyebut tentang isu ‘tebuk kapal’ yang berlaku.

Tetapi yang menghairankan Pemuda Bersatu Perlis tidak senada dengan Pengerusi negerinya. Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu negeri, Abdul Latif Abu Hassan berkata, kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Bersatu Negeri itu dapat memberi impak negatif kepada PN sekali gus boleh menjejaskan hubungan antara parti itu dengan Pas.

Armada Perlis menganggap ia bukan satu kenyataan rasmi dari Bersatu kerana tiada sebarang perbincangan dilakukan bersama pimpinan atau sayap parti itu di peringkat negeri berhubung kenyataan yang dikeluarkan tersebut.

Abdul Latif mahu isu tersebut seharusnya diselesaikan secara dalaman dan tidak perlu dihebahkan kepada pihak umum supaya ia tidak akan menjejaskan hubungan antara Pas dan Bersatu di Perlis.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img