spot_img
spot_img

DAP gesa rakyat Malaysia beli barang buatan Palestine

spot_img

KUALA LUMPUR, 25 Okt — Pemimpin DAP Steven Sim, dilaporkan mencadangkan rakyat Malaysia membeli produk Palestin sebagai tanda sokongan kepada negara itu.

Sambil menyatakan sokongannya terhadap kemerdekaan Palestine, Sim, yang juga timbalan menteri kewangan II, berkata ini adalah yang paling boleh dilakukannya memandangkan mustahil untuk beliau menyertai peperangan di Palestin.

“Kerana penindasan Holocaust (pembersihan etnik) terhadap rakyat Palestin, bukan sahaja kehilangan nyawa, malah sekatan di Tebing Barat menyebabkan rakyat Palestin dirompak RM16 bilion setahun (dari hasil ekonomi).

- Advertisement -

“Sejak 1967, kira-kira satu juta pokok zaitun milik rakyat Palestin telah dirampas. Saya tidak mampu untuk berperang di Gaza. Tetapi setiap tahun saya membeli produk Palestin seperti minyak zaitun dan kurma. Kita rakyat Malaysia perlu menyokong dengan membeli produk Palestin,” katanya.

Berita Harian memetiknya sebagai berkata demikian dalam ucapannya pada “Malaysia Stands with Palestine Rally” yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil, malam tadi.

Mendedahkan sejarah pendudukan Israel ke atas tanah Palestin, Sim berkata rakyat tanah itu terpaksa menerima realiti pendudukan oleh rejim Zionis.

- Advertisement -

Beliau dilaporkan berkata, hakikat itu terpaksa diterima kerana ada pihak yang bersimpati menyatakan sokongan kepada puak Zionis, kerana Yahudi menjadi mangsa Holocaust.

“Kami bersimpati dengan orang yang tertindas. Orang Yahudi juga ditindas semasa Holocaust selama empat tahun, tetapi rakyat Palestin ditindas selama lebih daripada 70 tahun.

“Isu Palestin ada sisi agama kerana Masjid al-Aqsa. Ini adalah isu kemanusiaan. Pada 1975, [Tan Sri] Lim Kit Siang pernah berucap di Parlimen Revolusi Palestin dengan menegaskan bahawa perjuangan mesti disokong oleh semua rakyat Malaysia yang berbilang agama,” katanya dipetik.

Beribu-ribu orang menghadiri perhimpunan mega malam tadi dengan berpakaian putih dan memegang bendera Palestin, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai perhimpunan itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img