spot_img
spot_img

18 pertuduhan penggubahan wang haram

spot_img

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Parti, dan juga bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan dibicarakan terhadap 18 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM6 juta di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Wan Saiful didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, yang dibaca bersama Seksyen 87(1)(a) di bawah Akta yang sama.

- Advertisement -

Sebelum pengakuannya, terdapat masalah teknikal yang menyebabkan pihak pendakwaan memfailkan semula pertuduhan kerana hanya terdapat satu pertuduhan dalam sistem.

Wan Saiful dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya semalam untuk disoal siasat.

Difahamkan, seorang timbalan ketua bahagian parti politik yang sama juga akan didakwa di bawah seksyen sama pagi ini.

- Advertisement -

Pada 21 Februari lalu, Wan Saiful mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan termasuk menerima suapan RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Berdasarkan pertuduhan, Wan Saiful didakwa meminta wang daripada Lian Tan Chuan sebagai insentif untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan Projek Kelayakan Persimpangan Jalan Tulang Tengah: Lebuhraya Pantai Timur bernilai RM232 juta daripada kerajaan, pada April tahun lalu, di the Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana.

Beliau juga didakwa menerima rasuah RM6.9 juta melalui akaun CIMB Bank Berhad syarikatnya, WSA Advisory Group Sdn Bhd, daripada akaun Maybank Islamic Berhad Nepturis Sdn Bhd.

Ini sebagai balasan membantu syarikat berkenaan mendapatkan surat kelulusan bagi projek yang sama di cawangan CIMB Bank Berhad di Bukit Tunku, antara 8 Julai dan 30 Sept 2022.

Berita selanjutnya menyusul..

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img