spot_img
spot_img

Diskaun pembayaran PTPTN hingga 31 Mac untuk semua kategori

spot_img

Diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah untuk semua peminjam termasuk yang dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Pada 13 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa peminjam PTPTN akan diberi diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 31 Mac tahun depan.

Tiga kategori diskaun ialah: Diskaun 10% ke atas baki hutang untuk penyelesaian pinjaman penuh; Diskaun 10% untuk pembayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam satu pembayaran; dan diskaun 15% ke atas pembayaran melalui potongan gaji atau debit terus berjadual.

- Advertisement -

Peminjam yang ingin membuat penyelesaian pinjaman penuh atau pembayaran balik sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam satu pembayaran hendaklah terlebih dahulu memohon pengesahan baki pinjaman dengan PTPTN.

Diskaun 15% adalah automatik bagi peminjam yang membuat pembayaran melalui saluran potongan gaji atau debit terus tertakluk kepada pembayaran yang diterima oleh PTPTN dalam tempoh diskaun.

Peminjam juga boleh menyemak diskaun yang diberikan dalam penyata pinjaman bermula hari ketujuh bulan berikutnya dengan pihak PTPTN

- Advertisement -

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata diskaun pembayaran balik pinjaman itu akan memberi manfaat kepada 1.7 juta peminjam. “Ini menunjukkan kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan peminjam dan kelestarian dana PTPTN untuk generasi akan datang.

“Semoga peminjam PTPTN mengambil peluang untuk membuat pembayaran balik dan menikmati diskaun yang diumumkan dalam Bajet 2024,” katanya dalam kenyataan media.

BestPay Solution Sdn Bhd memberi insentif kepada pembayar hutang pinjaman PTPTN atau pembayar simpanan tabung pendidikan SSPN. Untuk butiran, hubungi +60124216051 (whatsapp Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang); atau sertai sembang langsung dalam talian (www.best-pay.com.my) atau email support@best-pay.com.my

Applikasi BestPay boleh dimuat turun melalui platform iOS dan Android hari ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img