spot_img
spot_img

Datasonic usahasama bangunkan metaverse pendidikan di 10 sekolah

spot_img

KUALA LUMPUR: Datasonic Group Bhd menjalin kerjasama strategik dengan Virtualtech Frontier Sdn Bhd bagi membangunkan teknologi metaverse untuk sektor pendidikan.

Ketua Projek Khas Datasonic, Datuk Syahril Abdullah, berkata kerjasama itu akan membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan kepakaran, sumber dan keupayaan masing-masing untuk memacu kecemerlangan inovasi melalui metaverse dalam sektor pendidikan.

Beliau berkata, projek metaverse sektor pendidikan itu sudah bermula awal tahun ini membabitkan 10 sekolah sebagai permulaan bagi proses pengumpulan data.

- Advertisement -

Katanya, proses pengumpulan data itu dijangka dapat diselesaikan sekitar suku keempat tahun ini sebelum diserahkan kepada Kementerian Pendidikan untuk langkah selanjutnya.

Projek itu, katanya bertujuan mengubah konsep pembelajaran daripada buku teks kepada cara yang lebih menarik menggunakan metaverse.

“Data ini akan dikumpulkan sebelum dibentangkan kepada Kementerian Pendidikan dan kerajaan. Datasonic ingin menjadi pelopor dalam teknologi baharu bagi sektor pendidikan bagi menjadikan pembelajaran dalam kelas lebih menarik.

- Advertisement -

“Ketika ini, maklum balas awal adalah baik dan pelajar dapat menerima teknologi metaverse dan meningkatkan minat mereka dalam pembelajaran,” katanya ketika ditemui selepas majlis perjanjian penggabungan dengan Virtualtech di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Syahril berkata, pelaburan yang dibuat oleh Datasonic dalam teknologi metaverse sektor pendidikan bukan semata-mata berteraskan keuntungan, tetapi untuk pembangunan generasi akan datang.

Beliau berkata, dalam dunia hari ini yang menggunakan teknologi dalam setiap perkara, sektor pendidikan juga perlu berubah ke arah itu bagi menjadikan pembelajaran dalam kelas lebih menarik dan mudah difahami oleh pelajar.

Katanya, perkongsian bersama itu akan memberi tumpuan kepada lima bidang utama iaitu peningkatan dan pembentangan kepada pihak berwajib.

“Datasonic dan Virtualtech akan bekerjasama untuk membangunkan strategi untuk memperkenalkan dan meningkatkan penyelesaian teknologi metaverse bagi menyokong penggunaan teknologi termaju ini dalam pendidikan.

“Kerjasama ini juga akan membabitkan penjajaran teknologi metaverse dengan kurikulum semasa, termasuk peningkatan kandungan pendidikan, untuk menyampaikan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik dan memberi impak,” katanya.

Syahril berkata, kedua-dua pihak akan turut memastikan integrasi teknikal yang lancar bagi teknologi metaverse ke dalam persekitaran pendidikan sambil mengutamakan standard keselamatan dan pematuhan tertinggi, menjaga privasi dan data pelajar dan pendidik.

Beliau berkata, perkongsian juga akan menumpukan pada merangka dan melaksanakan strategi yang mantap untuk meningkatkan inisiatif bersama mereka, mengoptimumkan operasi dan mencapai pertumbuhan yang mampan.

“Datasonic dan Virtualtech akan bekerjasama untuk menyokong manfaat teknologi pendidikan dan membuat pembentangan kepada pihak berkepentingan, penggubal dasar dan institusi pendidikan untuk menggalakkan penggunaan penyelesaian inovatif,” katanya.

 

 

 

 

Sumber : Berita Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img