spot_img
spot_img

Bekerja sendiri dan sektor gig capai paras tertinggi

spot_img

KUALA LUMPUR: Sektor pekerjaan tidak formal mencecah paras tertinggi baharu dengan mereka yang bekerja sendiri berjumlah 2.97 juta orang pada Ogos 2023, lebih tinggi berbanding paras rekod sebelum ini 2.95 juta orang yang dicatatkan pada Oktober 2018.

Pekerjaan/pekerja tidak formal merujuk kepada ‘Pekerja Akaun Sendiri’ iaitu mereka yang berpendapatan harian bekerja sebagai peniaga kecil, penjaja, pengusaha gerai makanan, pekebun kecil dan juga pekerja gig.

Maybank Investment Bank dalam satu nota penyelidikan berkata, senario itu diserlahkan lagi dengan pertumbuhan pekerjaan tidak formal yang turut mengatasi pertumbuhan keseluruhan guna tenaga dalam tempoh lapan bulan tahun ini.

- Advertisement -

Ia berkata, pertumbuhan pekerjaan tidak formal meningkat 7.1 peratus dalam tempoh lapan bulan 2023 berbanding jumlah pertumbuhan guna tenaga 2.5 peratus yang dicatatkan dalam tempoh sama.

“Kadar pengangguran belia turun sedikit kepada 10.8 peratus pada Ogos meskipun masih di atas paras terendah prapandemik iaitu 9.9 peratus pada Disember 2019,” kata bank pelaburan itu dalam nota yang ditulis oleh pasukan penganalisis terdiri daripada Suhaimi Ilias, Dr Zamros Dzulkafli dan Fatin Nabila Mohd Zaini.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam melaporkan bilangan penganggur pada Ogos 2023 terus menurun kepada 577,300 orang, dengan kadar pengangguran 3.4 peratus.

- Advertisement -

Sementara itu, Maybank Investment Bank mengekalkan unjurannya bagi kadar pengangguran untuk 2023 dan 2024 dengan masing-masing pada 3.5 peratus dan 3.4 peratus.

Ia berkata, unjuran kadar pengangguran 2023 dikekalkan pada 3.5 peratus, mencerminkan kadar pengangguran bulanan akan kekal stabil atau dalam julat yang sempit tahun ini.

Katanya, ia dilihat seiring dengan kadar pengangguran kekal stabil antara 3.4 peratus dan 3.5 peratus dari Februari hingga Ogos 2023, selepas berkurangan daripada 4.2 peratus pada Januari 2022 kepada 3.6 peratus pada September 2022 hingga Januari 2023.

Malah, jelasnya, kadar pengangguran yang ‘dilihat sukar untuk terus turun ketara’ setakat tahun ini juga mencerminkan trend pemberhentian pekerja yang telah meningkat dari tahun ke tahun sejak Februari 2023 sehingga data terkini setakat Ogos 2023.

Trend pemberhentian pekerja mencatatkan peningkatan 32.3 peratus kepada 30,214 dalam tempoh lapan bulan 2023 berbanding penyusutan 49.3 peratus tahun ke tahun kepada 22,841 dalam tempoh lapan bulan 2022.

 

Sumber : Berita Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img