spot_img
spot_img

Zionis akan terus melakukan keganasan terhadap Palestin

spot_img

Putrajaya 9 Okt : Konflik yang telah berlangsung lebih tujuh dekad antara pihak rejim penceroboh Israel dan pihak yang ditindas rakyat Palestin tidak akan menemui jalan penyelesaian, inilah reaksi tokoh antarabangsa yang terkenal mengutuk keras rejim Zionis, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Beliau menggesa masyarakat antarabangsa agar tidak memilih untuk percaya akan pihak Barat dan sekutunya, termasuk media mereka, kerana bersikap hipokrit, taksub dan berat sebelah.

Mereka meletakkan kesalahan sepenuhnya terhadap Hamas, Hizbullah dan Iran kononnya mereka ini mencetuskan ketakutan dalam masyarakat Barat dan melakukan serangan terhadap demokrasi dan orang yang cintakan keamanan, kata Tun Dr Mahathir.

- Advertisement -

“Kebenaran sebenarnya sangat mudah”, ujar  Tun Dr Mahathir.

Selama beberapa dekad, Israel telah melakukan jenayah perang, pembunuhan beramai-ramai, dan kekejaman yang tidak dapat difikirkan terhadap rakyat Palestin, namun media Barat amat berat sebelah melaporkan perkara ini.

“Ini bukan tindakan sekali sahaja tetapi secara sistematik dijalankan tanpa halangan sepanjang tujuh dekad”, tegas Tun Dr Mahathir.

- Advertisement -

Selain tanah Palestin yang diperoleh Israel secara haram melalui perjanjian unilateral dengan bekas penjajah Palestin iaitu British, penceroboh Israel telah merampas tanah dan ladang milik rakyat Palestin secara paksa.

Rakyat Palestin dihalau keluar dari tanah mereka dan sebarang percubaan untuk mendapatkan beberapa bentuk diplomasi akan ditentang daripada pihak berkuasa Israel dengan dibalas ancaman keganasan yang disokong oleh pasukan keselamatan Israel.

Tambah Tun Dr Mahathir lagi, rakyat Palestin, dikecilkan kawasan mereka, manakala Gaza dijadikan penjara terbuka dengan pembinaan tembok tinggi mengelilingnya, yang disokong penuh IDF dengan senjata yang dibekalkan oleh kuasa besar khususnya AS.

Tun Dr Mahathir juga dengan berani menuduh kuasa Barat dan AS adalah sebenarnya pihak yang terlibat dalam apartheid, iaitu pembunuhan beramai-ramai dan jenayah terhadap kemanusiaan selagi mana mereka menyokong rejim Israel yang kejam.

Jika semua ini masih berlaku, jangan bermimpi untuk sebarang percubaan ke arah mencari penyelesaian yang adil dan saksama untuk rakyat Palestin, katanya lagi.

Malah secara sinis beliau berkata dunia akan terus menyaksi rejim Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai mereka dengan sewenang-wenangnya dan dengan tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa sepenuhnya.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img