spot_img
spot_img

Sektor Pelabuhan & Logistik pada aras statik

spot_img

PETALING JAYA: Kenanga Research mengekalkan unjuran ‘Neutral’ ke atas sektor pelabuhan dan logistik di sebalik per­dagangan global yang tidak memberangsangkan serta peraturan yang lebih ketat.

Penganalisisnya, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz dalam satu nota kajian berkata, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) me­ngunjurkan jumlah perdagangan barangan global akan meningkat sebanyak 1.7 peratus tahun ini berbanding 2.7 peratus pada 2022.

Menurut beliau, pembukaan semula China tidak memberi banyak dorongan kepada ekonomi global dengan keyakinan dan perbelanjaan pengguna di pe­ringkat global telah dibebani oleh inflasi tinggi yang berterusan, kenaikan kadar faedah dan ekonomi global yang perlahan.

- Advertisement -

“Tambahan pula, ­peraturan yang lebih ketat mengenai pe­lepasan karbon mungkin me­nimbulkan cabaran baharu kepada perdagangan global, terutamanya daripada Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Ke­satuan Eropah (EU).

“Walaupun implikasi tepat peraturan IMO dan Mekanisme Penyesuaian Sempadan Karbon (CBAM) EU ke atas pelabuhan laut dan sektor logistik masih tidak jelas ekoran CBAM belum dimuktamadkan, jumlah kontena yang menuju ke EU pastinya akan terjejas,” katanya.

Tambah beliau lagi dianggarkan 18 peratus daripada penge­luaran kontena di bawah perdagangan Asia-Eropah yang menuju ke UE berasal dari China, yang merupakan pengeksport utama besi, keluli dan aluminium ke benua berkenaan.

- Advertisement -

“Semua ini tidak sesuai untuk pengendali pelabuhan laut kontena Westports Holdings Bhd. (KLSE: WPRTS), bagaimanapun kami percaya Bintulu Port Hol­dings Bhd. (KLSE: BIPORT) akan dapat mengharungi cabaran makro ini dengan lebih baik.

“Ia ekoran operasinya yang stabil dalam pengendalian kargo gas asli cecair (LNG), potensi kenaikan tarif di Pelabuhan Bintulu serta potensi pertumbuhan jangka panjang kawasan pedalaman di Pelabuhan perindustrian Samalaju, Sarawak dipacu oleh pelaburan yang semakin meningkat dalam industri berat,” katanya.

Wan Mustaqim berkata, firma penyelidikan tersebut melihat peluang cerah dalam sektor penyedia logistik pihak ketiga (3PL) dipacu sektor domestik yang kurang terdedah kepada tekanan luar dan disokong oleh e-dagang yang berkembang pesat.

Ujar beliau, pakar industri me­ngunjurkan nilai barangan kasar e-dagang tempatan berkembang pada Purata Kadar Pertumbuhan Tahunan (CAGR) sebanyak tujuh peratus dari 2023 hingga 2027, dengan saiz mencecah RM1.9 trilion menjelang 2027 berbanding RM1.4 trilion tahun ini.

“Perkembangan pesat E-dagang bakal memacu permintaan bagi hab pengedaran dan gudang untuk membolehkan penghantaran tepat pada masa (JIT) dan penentuan semula atau pendekatan untuk membawa pengilang lebih dekat dengan pelanggan akhir.

“Selain itu ia membolehkan sistem automasi yang cekap terma­suk kesalinghubungan dengan sistem pelanggan, dan desentralisasi gudang untuk mengurangkan kos pengangkutan dan mengurangkan risiko rantaian bekalan,” katanya.

Beliau berkata, terdapat juga permintaan yang kukuh untuk gudang penyimpanan sejuk di sebalik percambahan permulaan runcit dalam talian.

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img