London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

Apa yang sebenarnya sedang berlaku di Palestin sekarang

spot_img

JERUSALEM, 9 Okt — Pertempuran senjata api berlaku pada Ahad lalu antara militan Hamas dan tentera Israel sehari selepas kumpulan pejuang Islam itu melancarkan serangan mengejut ke atas Israel dari Gaza, dalam peningkatan dramatik konflik Israel-Palestin.

Beratus-ratus orang telah terbunuh di kedua-dua belah pihak sejak Hamas yang disokong Iran melancarkan serangan bertali arus pada waktu Subuh bermula hari Sabtu lalu. Tentera penceroboh Israel pula bertindak balas menggempur Semenanjung Gaza dengan serangan udara.

Pihak tentera penceroboh Israel berkata beratus-ratus militan Hamas menyerang Israel dari sekitar 6:30 pagi (0330 GMT) pada hari Sabtu, sempena cuti umum kaum Yahudi Simchat Torah. Serangan ini merupakan serangan yang pernah berlaku 50 tahun lalu selepas meletusnya perang Arab-Israel 1973.

- Advertisement -

Kumpulan Jihan Islam itu melepaskan beribu-ribu roket ke Israel dari Gaza dan pada masa yang sama menggunakan bahan letupan dan jentolak untuk menembusi pagar mengelilingi kawasan Palestin yang dibina tembok oleh penceroboh Israel.

Menggunakan motosikal, trak pick up, peluncur bermotor dan bot laju, kumpulan militan itu menyerbu ke kawasan bandar Israel termasuk Ashkelon, Sderot dan Ofakim, yang terletak kira-kira 22 kilometer (13 batu) dari Gaza.

Pejuang Islam bersenjata berat menyerang parti sosial di kelab malam yang dihadiri ratusan pemuda Israel berhampiran Kibbutz Reim, berhampiran Gaza, menurut media Israel.

- Advertisement -

Pihak penceroboh Israel berkata Hamas telah mengambil lebih 100 tebusan rakyat Israel. Mereka termasuk sebilangan orang Amerika Syarikat dan Jerman yang tidak diketahui latarbelakangnya lagi.

Pejuang Hamas juga menyerang beberapa lokasi di dalam wilayah Israel yang dahulunya milik Palestin, termasuk balai polis Sderot di mana mereka terlibat dalam tembak-menembak dengan tentera Israel pada hari Ahad.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah berikrar untuk menyahkan tempat persembunyian Hamas di Gaza, sebuah kawasan miskin dengan 2.3 juta orang yang dikepung oleh sekatan tembok pemisah oleh rejim penceroboh Israel selama lebih 15 tahun.

Tentera penceroboh Israel berkata mereka telah mengerahkan puluhan ribu askar untuk memerangi pejuang Hamas yang masih berada di wilayah Israel itu.

Tentera penceroboh Israel juga telah melakukan serangan udara ke atas kedudukan Hamas di dalam Gaza itu sendiri, dalam operasi yang dipanggil “Pedang Besi”.

Jurucakap tentera penceroboh Israel, Richard Hecht berkata, serangan udara itu telah menyerang 800 sasaran termasuk terowong Gaza, bangunan dan infrastruktur lain.

Tentera penceroboh Israel berkata ia bertujuan untuk menyelamatkan tebusan Israel dan kemudian mengosongkan seluruh wilayah dalam tempoh 24 jam.

Akibatnya, hampir 1,000 nyawa terbunuh.

Penceroboh Israel berkata lelaki bersenjata Hamas telah membunuh lebih 600 orang dan mencederakan lebih 2,000 di bandar Israel, pekan dan pusat komuniti kibbutz Israel.

Wartawan Barat telah merakamkan mayat orang awam yang dipenuhi peluru bergelimpangan di jalanan di sekurang-kurangnya tiga lokasi di Israel: bandar Sderot, kibbutz berhampiran Gevim dan pantai Zikim di utara enklaf pantai Palestin.

Jumlah yang terkorban tidak direkodkan oleh wartawan Barat.

Di sebelah Gaza pula, sekurang-kurangnya 370 orang telah terbunuh dan lebih 2,200 cedera, menjadikan jumlah keseluruhan kematian hampir 1,000 orang.

Seorang lelaki British yang pernah berkhidmat dalam tentera Israel adalah antara yang terbunuh dalam serangan Hamas, kata keluarganya.

Dua wanita Ukraine yang tinggal di Israel turut terbunuh, kata Ukraine.

Thailand juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa dua rakyatnya terbunuh, manakala Kemboja melaporkan kematian seorang pelajar rakyatnya.

Pejuang Hamas berkata ia melancarkan 5,000 roket dalam serangan yang dilabelkan sebagai “Operasi Banjir Al-Aqsa”.

Ketuanya Ismail Haniyeh pada hari Sabtu lalu berikrar untuk meneruskan “pertempuran demi membebaskan tanah kami dan tahana kami yang meringkuk dalam penjara yang diceroboh oleh Israel”.

Hamas telah menyeru “pejuang penentangan di Tebing Barat” serta “negara Arab dan Islam” untuk menyertai pertempuran itu.

Pada awal Ahad lalu, kumpulan pejuang Syiah Lubnan yang disokong Iran, Hizbullah berkata ia melancarkan peluru berpandu dan peluru meriam ke utara Israel “sebagai solidariti” dengan serangan Hamas.

Tentera Israel berkata ia membalas dengan tembakan meriam.

Di tempat lain, media di Mesir berkata seorang anggota polis melepaskan tembakan ke arah kumpulan pelancong Israel di bandar utara Iskandariah pada Ahad lalu, membunuh dua warga Israel dan seorang rakyat Mesir.

Dunia pula berbeza pendapat.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres mengecam “secara keras” bahawa serangan Hamas ke atas Israel dan menggesa “usaha diplomatik untuk mengelakkan kemusnahan yang lebih meluas”.

Sebelah negara Barat, yang kebanyakannya telah melabel pejuang Hamas sebagai organisasi “pengganas”, juga mengutuk serangan kumpulan Islam itu ke atas Israel.

Presiden Joe Biden berkata sokongan Amerika Syarikat terhadap sekutu utamanya Israel adalah “teguh dan tidak berbelah bahagi”. Rumah Putih berkata pada hari Ahad beliau telah mengarahkan “sokongan tambahan” untuk Israel.

Ketua Kesatuan Eropah Ursula von der Leyen berkata: “Saya dengan tegas mengutuk serangan yang dilakukan oleh pengganas Hamas terhadap Israel.”

Presiden Iran Ebrahim Raisi berkata republik Islam itu menyokong hak rakyat Palestin untuk mempertahankan diri dan memberi amaran kepada Israel mesti bertanggungjawab kerana “membahayakan keselamatan negara-negara di rantau ini”.

Rusia telah menggesa “gencatan senjata segera”.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, yang sangat menyokong perjuangan Palestin, pada hari Ahad menggesa kedua-dua pihak “untuk menyokong keamanan”.

Arab Saudi merayu untuk “menghentikan serta-merta peningkatan antara kedua-dua pihak, perlindungan orang awam, dan kawalan diri”.

 

 

Sumber – AFP

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img