spot_img
spot_img

Kem Muhyiddin atau Hamzah ?

spot_img

PETALING JAYA: Pemilihan kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka sengit dan tegang ketika parti itu didakwa berpecah kepada dua kem antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Sumber yang dipetik dariĀ Utusan Malaysia, Presiden dan Setiausaha Agung Bersatu itu dilihat memang tidak sehaluan dalam menentukan hala tuju parti.

Kata sumber, kedua-duanya saling bersaing untuk menjadi dominan. Namun, rata-rata mahu supaya Hamzah menerajui Bersatu berbanding Muhyiddin yang dianggap lemah dalam kalangan akar umbi parti.

- Advertisement -

Katanya, Muhyiddin dijangka mempertahan kedudukan sebagai Presiden bagi mengelak pengaruh politiknya suram, manakala Hamzah disebut-sebut sebagai pencabar utama jawatan itu dalam sesi pemilihan kali ini yang dijangka diadakan seawalnya November ini.

ā€œDua kem antara pemimpin-pemimpin ini bukan rahsia lagi, bahkan sejak dahulu.

ā€œKebanyakan akar umbi Bersatu melihat kedua-duanya saling bersaing untuk dominan dalam Bersatu.

- Advertisement -

ā€œMemang di peringkat atas mereka masih saling berkomunikasi dan tidak mahu tunjukkan adanya dua kem ini. Namun, hakikatnya, mereka datang dengan pasukan masing-masing.

ā€œKalau lihat dari segi cara berkempen dalam pilihan raya pun akan berpecah kepada dua pasukan yang memihak kepada Muhyiddin dan Hamzah. Apa kesannya? Ini akan menimbulkan spekulasi bahawa Bersatu perlukan perubahan di peringkat kepimpinan,ā€ kata sumber ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut, sumber berkata, sebilangan besar peĀ­mimpin bekas ahli UMNO dalam Bersatu dan akar umbi parti lebih cenderung menyokong Hamzah selain percaya beliau akan mengemudi parti dengan hala tuju lebih jelas.

Sebaliknya, kata sumber, Muhyiddin asalnya mahu menjadi ā€˜pendamaiā€™ bagi puak bertentangan yang datang dari PKR dan bekas ahli UMNO dalam Bersatu.

Bagaimanapun, katanya, MuhĀ­Ā­yiddin dilihat semakin tersasar dari matlamat sebenar Bersatu menyaksikan beliau lebih ke arah menyokong bekas Timbalan Presiden PKR yang kini ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam politik semasa.

ā€œItu sebab mengapa MohaĀ­med Azmin bertanding di SelaĀ­ngor dalam pilihan raya. Namun, pasukan mereka ini ramai yang tewas. Sebab itu, banyak pihak menyokong Hamzah,ā€ katanya.

Selain itu, kata sumber, lebih menguatkan andaian hubungan Muhyiddin dan Hamzah tidak berapa baik apabila Hamzah dikatakan tidak mengetahui apa-apa mengenai calon dipertanĀ­ding dalam Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) tahun lalu.

ā€œBeliau sebagai Setiausaha Agung sendiri tidak tahu menahu tentang hal-hal calon. Sebab ramai yang dipilih adalah dari kelompok Muhyiddin sahaja,ā€ katanya.

Whatā€™s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img