Yusrizal mengakui bahawa kapasiti bekalan beras negara mencukupi iaitu 70 peratus tetapi masalah harga di antara petani dan pengilang, pemborong dan peruncit adalah tidak terkawal. Ia membuatkan ada pihak mengambil kesempatan untuk menggunakan taktik tukar baju (menukar bungkusan yang mengandungi beras tempatan kepada bungkusan beras import untuk mengaut keuntungan) dan menjual dengan harga yang lebih tinggi, ujarnya.