spot_img
spot_img

MIC jalin kerjasama dengan Makkal Sakti

spot_img

KUALA LUMPUR : MIC sahkan akan jalin kerjasama dengan Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) bertujuan mengutamakan hala tuju masa depan masyarakat India di Malaysia.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata kerjasama dengan Makkal Sakti itu adalah bagi memastikan supaya isu berkaitan kaum India menjadi keutamaan parti dan dibawa kepada perhatian kerajaan.

“Satu sidang media akan diadakan bagi menjelaskan hala tuju kerajasama ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat MIC selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) disini, hari ini.

- Advertisement -

Media difahamkan sidang media tersebut akan diadakan di Pusat Dagangan Putra (PWTC) jam 7 malam hari ini.

Sementara itu Vigneswaran berkata MIC akan menganjurkan perhimpunan aman selepas solat Jumaat minggu hadapan di kedutaan India, disini.

Beliau berkata perhimpunan itu susulan kenyataan seorang menteri dari Tamil Nadu, India yang menyentuh sensitiviti agama Hindu.

- Advertisement -

“MIC akan buat perhimpunan aman serah memorandum kepada kedutaan India dan Kementerian Komunikasi dan Digital untuk memastikan filem lakonan menteri yang juga seorang pelakon itu dihalang dari disiarkan di Malaysia.

“Malaysia sebuah negara majmuk, banyak agama lain, dan masyarakat kita sensitif isu berkaitan agama bukan sahaja agama Islam tetapi agama lain juga,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img