spot_img
spot_img

Lim Guan Eng menang kes saman fitnah Pesuruhjaya Pas Perak

spot_img

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria membayar ganti rugi RM250,000 kepada Lim Guan Eng berhubung posting di Facebook yang disifatkan memfitnah bekas Menteri Besar Pulau Pinang itu.

(Lim Guan Eng – Bekas Menteri Kewangan)

- Advertisement -

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim S. Nantha Balan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Dr Choo Kah Sing menolak rayuan Razman selepas mereka memutuskan bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Amarjeet Singh (kini hakim Mahkamah Tinggi) telah membuat kesimpulan dengan betul bahawa posting Facebook itu berunsur fitnah. Mahkamah Rayuan juga memerintahkan Razman membayar kos RM20,000.

Hakim Nantha Balan, yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, berkata penyiaran di Facebook itu adalah satu penyiaran yang memfitnah Guan Eng dengan mendakwa kononnya dia ‘anti-tudung’.

“Kami bersetuju dengan Pesuruhjaya Kehakiman bahawa perkataan dalam kapsyen ‘doa moga ini tidak betul’ dan ‘kalau ianya benar’ (dalam siaran Facebook) tidak bertindak sebagai ‘penapis selamat’ dan tidak menghilangkan kesan negatif kepada plaintif (Lim Guan Eng) dan memberi imej kononnya dia adalah seorang yang menggalakkan aktiviti diskriminasi dan mengabaikan sensitiviti umat Islam Malaysia, khususnya di Pulau Pinang,” katanya.

- Advertisement -

Beliau juga berkata terdapat 61 komen pembaca pada catatan Facebook itu malah ada yang memberi amaran kepada Razman bahawa dia boleh dikenakan saman fitnah.

Hakim Nantha Balan berkata mahkamah juga mendapati tiada merit berhubung dakwaan peguam bela Razman, Norazli Nordin bahawa penerbitan siaran itu tidak dibuktikan kerana tiada bukti bebas bahawa mana-mana pihak ketiga mempunyai akses kepada akaun Facebook itu.

Beliau berkata setelah mempertimbangkan perkara itu dengan teliti dan mengambil kira penghujahan bertulis yang komprehensif serta penjelasan lisan, mahkamah mendapati tiada kesilapan boleh rayuan untuk menjamin sebarang campur tangan rayuan dalam kes itu.

Lim Guan Eng menyaman Razman berhubung kiriman dalam Facebooknya (Razman) pada 18 Nov 2017 yang mendakwa Guan Eng menyokong larangan pekerja hotel memakai tudung, dengan kerajaan Pulau Pinang menyokong penuh.

Dalam pernyataan tuntutannya, Lim Guan Eng berkata perkataan yang digunakan dalam posting Razman adalah daripada sumber yang tidak sahih dan bertujuan untuk mencemarkan nama dan reputasinya serta menggambarkannya sebagai seorang pemimpin yang tidak menghormati Islam dan budaya Melayu.

Pada 14 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang membenarkan tuntutan Guan Eng dan memerintahkan Razman membayar Lim RM150,000 sebagai ganti rugi am dan RM100,000 sebagai ganti rugi teruk dan teladan.

Hakim Amarjeet Singh juga mengarahkan Razman membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebooknya dan laman Facebook Lim Guan Eng dan mesti ditandakan pada catatan permohonan maaf itu.

Razman yang juga ketua pembangkang di DUN Perak turut diarah supaya tidak mengulangi kenyataan itu di Facebook dalam apa cara sekalipun pada masa akan datang. Ini mendorong Razman memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img